Jack Wilshere sudah sembuh sepenuhnya dari kecederaan pelvis

West Ham United

Bekas pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere sudah sembuh sepenuhnya dari kecederaan pelvis dan bersedia untuk kembali membantu West Ham United apabila musim bolasepak kembali.

Dia tidak pernah bermain sejak Oktober lepas kerana masalah kecederaan ini mengambil masa lebih dari jangkaan untuk sembuh.

Namun kini dia sudah kembali cergas dan bersedia untuk menyertai semula sesi latihan skuad utama selepas kelab-kelab mendapat keizinan untuk memulakan kembali sesi tersebut.

Berita ini satu galakan besar untuk pengurus kelab David Moyes dan juga Wilshere, yang ternyata resah dengan isu ini semasa tempoh kariernya bersama the Hammers.

Tetapi pemain berusia 28 tahun ini menggunakan masa tempoh penangguhan bolasepak akibat virus corona ini untuk berusaha mempercepat penyembuhan dan kekuatannya untuk memainkan peranan penting untuk West Ham dalam misi mengelak zon penyingkiran liga.

Dia kembali cergas tepat pada masanya. Dia kini dalam tahun terakhir dalam kontrak sedia adanya yang akan tamat musim hadapan, dengan masa depannya masih kurang jelas.

Andai dia dapat bermain dengan baik selepas ini, majikannya mungkin akan cuba untuk berbincang melanjutkan kontraknya, atau mungkin boleh menarik perhatian beberapa kelab lain mengambil kesempatan ke atas situasi kontraknya ini.

Be the first to comment