Jadon Sancho ‘tidak berminat sertai’ Manchester United’

Jadon Sancho

Pemain sayap Borussia Dortmund ini tidak mahu berpindah ke Old Trafford andai Manchester United gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Sancho merupakan salah seorang pemain paling sensasi di Eropah pada ketika ini, dan sudah dalam radar pemerhatian beberapa buah kelab gergasi Premier League musim ini selepas memberikan permainan dan persembahan yang konsisten untuk kelabnya musim ini.

Pemain antarabangsa England ini dilaporkan mahu meninggalkan Dortmund pada musim panas akan datang.

Dia sudah menjaringkan 17 gol dan membuat 19 bantuan gol dalam 35 penampilan musim ini.

Jadon Sancho (kiri) meraikan jaringan golnya bersama Erling Haaland.

Manchester United dan Chelsea antara kelab yang sedang berlumba-lumba untuk membawa pulang pemain ini ke England.

Tetapi, menurut The Sun, Sancho mahu bermain bolasepak Liga Juara-Juara Eropah lagi pada musim hadapan di mana ianya akan menjadi faktor penting dalam kariernya.

Berita ini hadir hampir seminggu selepas Liverpool dilaporkan tidak berminat untuk meneruskan usaha menandatangani pemain ini.

Penerbitan yang sama juga mendakwa sebelum krisis virus corona, United bersedia menawarkan gaji mingguan £400,00 kepada Sancho.

Tetapi, pandemik virus corona ini telah menimbulkan isu besar kerana bukan sahaja tidak dapat menamatkan musim, tetapi wang untuk digunakan dalam pasaran pemain juga tidak boleh diperolehi selepas penggantungan Premier League.

Ini bermakna United dan Chelsea resah menunggu samaada mereka boleh mendapat tempat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

United berada di tangga kelima liga, hanya tiga mata ketinggalan di belakang Chelsea.

Dortmund dilaporkan mahukan harga jualan sekurangnya £100 juta daripada kelab-kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain sayap England ini.

Tetapi kelab-kelab yang berminat berharap dapat berbincang dengan Dortmund untuk menurunkan nilai jualannya – tertutama selepas selepas lengkap penilaian implikasi kewangan virus corona.

Be the first to comment