Jordan Nobbs tandatangani kontrak baru bersama Arsenal Women

Pemain tengah Inggeris ini bersetuju untuk meneruskan kariernya bersama skuad wanita Arsenal dengan menandatangani kontrak baru.

Sejak menyertai skuad dari Sunderland pada 2010, Nobbs telah membuat 206 penampilan dan menjaringkan 66 gol.

Dia juga merupakan sebahagian dari skuad wanita Arsenal yang memenangi tiga kejuaraan Barclays FA Women’s Super League, empat trofi Women’s FA Cup, dan lima kali memenangi trofi FA Continental Tyres League Cup.

Di peringkat antarabangsa, dia sudah menjaringkan tujuh gol daam 60 caps antarabangsa untuk skuad wanita England.

“Arsenal merupakan segalanya bagi saya,” katanya selepas selesai menandatangani kontrak. “Saya rasa bolasepak sudah menjadi jalan hidup saya sejak saya berusia 7 tahun, tetapi saya rasa Arsenal mengalir dalam darah saya sekarang, dan saya bangga mengakuinya. Saya rasa saya akan melalui tahun-tahun yang hebat pada masa akan datang.”

“Kita ketepikan bolasepak dahulu, dia menunjukkan apakah yang dimaksudkan Arsenal,” kata ketua jurulatih Joe Montemurro.

“Mempunyai pemain-pemain yang sudah berada di sini hampir seluruh kariernya merupakan sesuatu yang sangat istimewa dari perspektif jurulatih.”

“Mereka merupakan situasi unik dalam kejurulatihan dan dalam membentuk sekumpulan pemain yang mempunyai semangat kelab dan saya doakan yang terbaik untuknya. Dia merupakan bahagian penting untuk usaha kami membentuk satu pasukan.”

Sumber: arsenal.com

Be the first to comment