Jurgen Klopp mahu mencabar diri mengikat tali leher sendiri

Pengurus Liverpool nyata menggunakan banyak masa semasa tempoh berkurung akibat virus corona untuk mempelajari benda-benda baru termasuklah cabaran untuk dirinya pada masa yang akan datang – mengikat tali leher sendiri.

Walaupun dalam keadaan yang sukar ini, Klopp masih menampilkan dirinya yang bersemangat dan menawar semasa dia menceritakan aktiviti-aktivitinya mengisi masa yang ada di kediamannya.

Dia mendedahkan dirinya menonton video-video Youtube ketika Liverpool menjulang trofi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim lepas dan menghantarnya ke dalam group chat Whatsapp para pemainnya, selain memesan jam baru untuk aktiviti larian.

Tetapi Klopp banyak menggunakan masa dan tenaga dalam masa beberapa minggu ini untuk mempelajari perkara-perkara baru.

Apabila bercakap kepada LFTV, Klopp berkata: “Tidak ada banyak perkara yang menarik dan bagus buat masa ini, tetapi ianya memberi saya masa untuk membuat macam-macam perkara.

“Saya banyak belajar benda baru dalam tempoh ini.

“Saya sekarang mengambil alih tugasan membasuh pinggan, dan sekarang saya sudah cekap menggunakannya.

“Saya juga sudah berjaya buat pertama kali membuat telur kacau.

“Saya agak kagum dengannya tapi saya masih belum berpeluang untuk membuatnya lagi.

“Tetapi cabaran untuk minggu hadapan adalah belajar untuk mengikat tali leher.

“Saya sudah berusia 52 tahun tetapi saya tidak boleh mengikat tali leher.

“Selepas ini saya akan tahu macam mana hendak mengikat tali leher.

“Ini satu cabaran. Dan ianya akan mengambil satu seluruh minggu kerana kedua-dua tangan saya kurang cermat, jadi ia mungkin sedikit kelakar.

Klopp mengakui kebiasaannya dia suka menonton ‘filem kelakar’ seperti Waterboy dan Dumb and Dumber tetapi dia menggunakan masanya kali ini untuk keluar dari zon selesa untuk mencuba sesuatu yang berbeza.

“Salah seorang anak saya berada di sini bersama kami, dia sudah ada semasa lockdown bermula, jadi setiap malam salah seorang daripada kami akan memegang alat kawalan jauh.

“Kami banyak menonton Downton Abbey. Saya tidak pernah menonton filem Marvel sebelum ini tetapi sekarang sudah menonton Ironman dan seperti itu.

“Saya seronok menontonnya, ianya satu filem yang bagus dan tidak perlu terlalu menumpukan perhatian.

Be the first to comment