Kalvin Phillips ketuai penghormatan memperingati dua orang penyokong Leeds United yang dibunuh 20 tahun lepas.

Pemain tengah Leeds United Kalvin Phillips telah mengetuai ulang tahun ke-20 penghormatan kematian dua peminat kelab yang dibunuh di Istanbul.

Christopher Loftus dan Kevin Speight telah dibunuh di Istanbul pada 15 April 2000 pada malam perlawanan pertama separuh akhir Piala UEFA antara Leeds dan Galatasaray.

Leeds telah memperingati kedua-dua mangsa ini setiap tahun selepas itu, pada perlawanan terdekat dengan tarikh ulang tahun, dan para penyokong membelakangkan badan mereka dari padang selama seminit – aksi yang mereka telah lakukan semasa dalam perlawanan Galatasaray itu sendiri ketika tiada sesi senyap (untuk berdoa atau menghormati) selama seminit secara rasmi dilakukan.

Dengan ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa tidak dapat berkumpul di Elland Road seperti selalu kerana isu pandemik virus corona, Phillips telah mewakili kelab dengan meletakkan bunga-bunga di atas tanah.

Kalvin Phillips meletakkan kalungan bunga di hadapan plak peringatan peristiwa itu

Nigel Martyn, yang merupakan penjaga gol Leeds ketika malam tersebut telah menulis di Twitter bahawa bermain dalam perlawanan itu merupakan “penyesalan terbesarnya dalam bolasepak”

“Satu tragedi yang mutlak, pergi menonton pasukan mereka dan kemudian diambil pergi daripada keluarga-keluarga mereka, masih menjadi penyesalan terbesarnya dalam bolasepak kerana kami bermain pada hari kemudiannya, walaupun mereka akan membelasah kami kerana tidak bermain!!” tulisnya dalam Twitter.

Be the first to comment