Connect with us

Arsenal

‘Kelahiran’ kedua Xhaka selepas Wenger tinggalkan Emirates.

Published

on

Xhaka kini ‘ hidup semula’ di bawah Arteta yang disifatkan sangat ‘bermotivasi dan meyakinkan’

Arsene Wenger bukanlah seorang pengurus yang mana suka membazirkan duit kelab dalam pembelian pemain.

Dibawah era pemerintahan beliau, jarang kita dapat saksikan pembelian mewah.

Namun kemasukan Mesut Ozil pada 2013/14 menjadi titik permulaan untuk kita menyaksikan tabung simpanan Arsenal dipecahkan apabila kelab mengeluarkan belanja sekitar £43 juta untuk membawa bintang sensasi Jerman.

Advertisement

Kemudian bermula era ‘mewah’ pembelian pemain dibuat Arsenal dan ini turut menyaksikan pembelian Granit Xhaka sekitar £30–35 juta pada musim 2016/17.

Dengan nilai pembelian agak besar yang dikeluarkan kelab untuk mendapatkan Xhaka, pemain tersebut kekal menjadi pemain termahal yang pernah dibelanjakan kelab untuk seorang pemain tengah.

Selepas bermula dengan cemerlang bersama Arsenal, prestasi beliau mula menerima kecaman pada penghujung era pemerintahan Wenger.

Namun selepas Unai Emery mula mengambil alih Arsenal, prestasi beliau dilihat kembali pulih.

Beliau bagaikan dilahirkan semula dengan mempamerkan aksi cemerlang sebagaimana ketika mula menyertai The Gunners.

Advertisement

Pun begitu, di penghujung hayat Emery bersama Arsenal, sekali lagi masalah prestasinya menimbulkan persoalan sehingga mencetuskan kontroversi yang akhirnya menyaksikan pelucutan jawatan kapten pasukan yang digalasnya.

Kehadiran Freddie Ljungberg masih belum mampu menyakinkan beliau untuk kekal bersama Arsenal mahupun mengembalikan kegemilangan prestasinya.

Kemerosotan prestasi Xhaka menyebabkan diri begitu teruk dikecam sehinggakan beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Emirates.

Pemain tengah Switzerland itu kelihatan ditakdirkan untuk meninggalkan kelab pada jendela perpindahan Januari setelah tidak disukai oleh kebanyakkan penyokong kelab pada awal musim.

Malah beliau kemudian ditawarkan kesempatan untuk berangkat ke Hertha Berlin dan mengakui ada ‘kontak dan tawaran’ dari pihak Jerman.

Namun, beliau akhirnya menolak peluang tersebut dan menegaskan bahawa dia sekarang ‘menekan butang reset’ di bawah kepemimpinan Arteta.

“Saya rasa saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan semua jurulatih di Arsenal,” katanya kepada Sport 1.

Sebahagian petikan laporan Sport 1 yang dikeluarkan pada 28 April berkenaan tembual mereka bersama Xhaka.

“Setiap orang mempunyai watak mereka sendiri, falsafah mereka sendiri dan juga cara mereka menangani.

“Dengan Mikel, bagaimanapun, ia seperti memulakan semula [restart] sebenarnya untuk saya kembali bermula.

Advertisement

“Saya telah melakukan perbincangan yang sangat baik dengannya sejak awal, di mana dia menunjukkan kepada saya apa yang dia harapkan dari saya, betapa dia memerlukan saya dalam pasukan dan bagaimana dia menghargai saya sebagai pemain.

“Itu sangat memberikan motivasi dan meyakinkan saya.

“Dengan dia, anda segera melihat bahawa dia memiliki pengetahuan yang sangat luas dan lama yang dia sampaikan dengan sangat baik kepada pasukan.

“Dia benar-benar profesional, sangat mementingkan disiplin, semangat berpasukan, terbuka dan langsung dalam komunikasi.

Advertisement

“Saya yakin bahawa kita masih gembira dengannya. “

Kejadian awal musim ini merupakan tahap terendah terbaru dalam tempoh kariernya di Arsenal, yang sebenarnya tidak menjadi kegembiraan buat Xhaka.

Pemain tengah itu melakukan perpindahan dari Borussia Monchengladbach empat tahun yang lalu yang mana Arsenal telah berbelanja besar, dengan harapan yang begitu tinggi diletakkan kepadanya.

Mengharapkan dia adalah pemain tengah bertahan yang telah lama dicari-cari The Gunners dalam mengisi ruang kosong pada bahagian tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun Xhaka sering mendapat kritikan atas persembahannya, baik ketika di bawah kendalian Arsene Wenger mahupun Unai Emery.

Namun, dia percaya bahawa waktunya di kelab setakat ini adalah yang paling berjaya, mengatakan bahawa empat tahun di London sangat ‘hebat’.

“Bagi saya, tinjauan [review] sejauh ini sangat positif.

“Selepas permulaan yang agak sukar, saya banyak bermain dan secara keseluruhan ia adalah masa yang tepat di Arsenal, ”tambahnya.

Advertisement

“Jelas ada naik turun dalam empat tahun, dan sayangnya kami tidak mencapai sasaran untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara selama tiga tahun.

“Tetapi siapa tahu, mungkin kita akan berjaya tahun ini kerana saya fikir kelab seperti Arsenal pasti ada di sana.

“Di samping itu, saya dapat bekerja dengan pelbagai jurulatih terkemuka dan mengenal pelbagai falsafah permainan, yang membawa kemjuan kepada saya.

“Setakat ini, sudah empat tahun yang hebat di London. “

Advertisement

Di ibaratkan ‘dilahirkan semula’ dan untuk kali kedua beliau mengalami pembaharuan hidupnya selepas pemergian Wenger, Xhaka sememangnya merupakan pemain yang penting buat mana-mana pengendali Arsenal sebelum ini, termasuklah Arteta ketika ini.

Arteta berjaya mengembalikan senyuman Xhaka.