Kerana rokok, karier Arsenal Wojciech Szczesny berakhir.

Wojciech Szczesny

Wojciech Szczesny mendedahkan insiden menghisap rokok telah menamatkan kariernya di Arsenal.

Szczesny telah membuat Arsene Wenger berang selepas dia ditangkap menghisap rokok selepas persembahan buruknya ketika tewas 0-2 kepada Southampton pada Hari Tahun Baru 2015.

Ini bukan kali pertama dia ditangkap merokok selepas dua kali gambar ditangkap menunjukkan dia memegang rokok pada musim panas 2013.

Dia telah didenda £20,000 dan David Ospina telah mengambil posisinya dalam perlawanan seterusnya, memastikan Arsenal menang tanpa bolos dalam perlawanan Piala FA menentang Hull City.

Namun, Szczesny menegaskan tiada perasaan buruk di antara dirinya dengan Wenger.

“Saya memang kerap merokok pada ketika itu, dan boss juga tahu mengenainya,” Szczesny memberitahu podcast Arsenal Nation.

“Dia cuma tidak mahu sesiapa pun merokok di dalam bilik persalinan, dan saya juga tahu mengenai perkara itu.

“Disebabkan emosi perlawanan, saya mempunyai sebatang rokok selepas perlawanan semasa rakan-rakan saya masih berada di dalam bilik persalinan.

“Saya pergi ke hujung bilik pancuran air, yang terletak di penghujung satu lagi dari bilik persalinan, dan saya menyalakannya selepas memastikan tiada sesiapa yang nampak saya.

“Seseorang telah melihat saya, dan bukan boss sendiri yang nampak, dan telah melaporkan kembali kepada boss.

“Saya berjumpa dengannya beberapa hari kemudian, dia bertanya samaada perkara itu benar dan saya jawab ‘ya’.

“Dia mendenda saya dan sampai di situ sahaja.

“Dia kemudin berkata ‘Awak akan dikeluarkan dari pasukan buat sementara waktu’ tetapi tiada perbalahan besar berlaku.

“Saya sangat profesional mengenainya.

“Saya menjangka dapat kembali ke pasukan beberapa minggu kemudian, tetapi kami melalui beberapa perlawanan yang baik, dan Ospina juga bermain dengan baik dalam perlawanan-perlawanan tersebut.

“Dia mengekalkan posisinya.

“Ini bermakna saya perlu menunggu dan mencuba untuk memenangi tempat saya dalam pasukan semula, atau meyakinnya bahawa saya masih penjaga gol terbaik pasukan atau keluar dari kelab secara pinjaman.

“Bunyi agak pelik, tetapi kadang-kadang itulah cara yang terbaik.

Szczesny telah menyertai AS Roma selama dua tahun, berjaya mencatat 14 perlawanan tanpa bolos dalam Serie A sebelum berhijrah ke Juventus.

Be the first to comment