Ketua Leipzig ‘beri’ amaran kepada Upamecano.

Pemain Perancis itu dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dengan masa depan Upamecano ‘mungkin telah berubah sedikit’ akibat coronavirus

Pengarah sukan RB Leipzig, Markus Krosche telah membincangkan prospek Dayot Upamecano meninggalkan kelab itu.

RB Leipzig melantik Markus Krosche sebagai pengarah sukan mereka pada 1 Julai 2019.

“Ini adalah keputusan yang masih gagal dicapai,” katanya kepada Kicker.

“Dia perlu mengambil masa untuk memutuskannya.

“Dia mesti jelas apa yang akan dilakukannya, bagaimana dia melihat masa depannya.

“Mungkin itu telah berubah sedikit disebabkan oleh keadaan baru [coronavirus].”

Walaupun bolasepak di seluruh Eropah masih ditangguhkan kerana wabak penyakit itu, terdapat kesan yang meluas untuk pasaran perpindahan.

Menurut bekas pemain The Gunner, Charlie Nicholas, kelab mungkin perlu berbelanja dengan lebih bijak memandangkan situasi terkini yang tidak menentu dan terjejas teruk.

Charlie Nicholas kini bekerja bersama Sky Sports dan Soccer Saturday, beliau mewakili Arsenal dari 1983-1988.

“Bolasepak akan berehat untuk jangka pendek, secara kewangan banyak kelab akan menilai semula bajet perpindahan mereka.

“Kelab mungkin akan menerima apa sahaja yang mereka miliki dalam kebanyakkan kes, dan hanya sedikit yang akan berbelanja,” kata bekas pemain Arsenal itu.

Sementara itu pengendali Leipzig, Julian Nagelsmann menyatakan bahawa kelab ‘memerlukan aliran wang dalam bolasepak’ untuk bertahan, mungkin membayangkan potensi penjualan pemain bintang mereka.

Julian Nagelsmann mengakui kelab bolasepak memerlukan kewangan yang kukuh untuk terus hidup.

Ini sememangnya termasuk Dayot Upamecano yang mungkin mengalami susut nilai, kurang daripada nilai yang diminta mereka sebelum ini sebanyak 50 juta pound.

Pemain Perancis itu tidak melanjutkan kontraknya yang akan tamat pada tahun 2021.

Kemungkinan Die Roten Bullen akan menjualnya untuk mendapatkan dana dalam meneruskan kelangsungan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.

Tindakan itu juga bagi mengelakkan pemain itu meninggalkan mereka secara percuma, tahun berikutnya.

Upamecano adalah sasaran perpindahan yang telah lama dikatikan dengan The Gunners, dimana khabar angin mengaitkan perpindahannya ke Emirates muncul seawal Disember 2018.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment