Klausa ‘€ 40 juta tidak berguna’ dengan situasi ketika ini.

Arsenal ‘sangat berminat’ untuk menandatangani namun menghadapi halangan masa.

Minggu lalu, kami mengulas dakwaan dari Jerman bahawa pemain Leverkusen – Jonathan Tah dan Dayot Upamecano dari RB Leipzig merupakan sasaran pertahanan tengah Mikel Arteta.

Edisi SportBild minggu ini menyatakan bahawa The Gunners ‘sangat berminat’ untuk mendapatkan khidmat Tah untuk musim berikutnya.

Walau bagaimanapun, Arsenal menghadapi beberapa cabaran untuk melengkapkan perpindahan pemain antarabangsa Jerman itu.

The Gunners kini berada di kedudukan kesembilan dalam liga dan mereka mungkin tidak akan layak ke Liga Juara-Juara musim depan, yang boleh mempengaruhi daya tarikan dalam mendapatkan pemain tersebut.

Selain itu, klausa pelepasan pemain pertahanan bernilai € 40 juta juga boleh menjadi halangan lain.

Bukan angka yang menjadi halangan tetapi tempoh klausa itu yang menjadi kerisauan.

Dakwaan bahawa klausa pelepasan Tah hanya sah sehingga 31 Mei dan mana-mana calon yang berpotensi, termasuk pasukan Liga Perdana, mesti mengaktifkan nilai tersebut sebelum akhir bulan depan.

SportBild mengatakan bahawa klausa ’€ 40 juta tidak berguna’, dengan anggapan bahawa situasi semasa Covid-19 ketika ini, hampir mustahil untuk diaturkan.

Oleh itu, Arsenal menghadapi ‘pertempuran’ melawan masa dalam usaha mereka untuk membawa pemain berusia 24 tahun itu ke kelab pada jendela perpindahan berikutnya.

Kontrak Tah bersama Leverkusen berakhir pada 2023 dan klausa pelepasan € 40 juta akan digunakan sekali lagi tahun depan.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment