Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Klopp serius dapatkan Mbappe, hubungi bapa pemain tersebut.

Published

on

Kisah perpindahan Mbappe yang kini semakin hampir menyertai Liverpool selepas mendapat perhatian Real Madrid.

Jurgen Klopp menghubungi bapa Kylian Mbappe bagi membincangkan potensi perpindahan bintang sensasi Paris Saint-Germain (PSG).

Pengendali Liverpool itu adalah penyokong tegar Mbappe dan kini berharap dapat mengatasi Real Madrid untuk menandatangani penyerang Perancis itu.

Menurut laporan media Perancis, Klopp menghubungi Wilfried Mbappe untuk mengetahui adakah anaknya yang juga pemenang Piala Dunia berminat untuk berhijrah ke Anfield.

Laporan itu turut mengaitkan kemungkinan perpindahan keluar Mohamed Salah dan Sadio Mane dari skuad pendahulu Liga Perdana Inggeris, namun dengan menandatangani Mbappe akan memberi pengganti yang seimbang.

Advertisement

Liverpool tanpa disangka membuat tawaran rasmi kepada pemain itu, tetapi Klopp ingin mengetahui perancangan Mbappe sama ada dia akan mempertimbangkan tawaran berpotensi.

Mbappe, 21, dianggap sebagai pemain paling bernilai di dunia kerana kemampuan dan usianya yang masih muda hingga menimbulkan kemungkinan ia akan mencetus rekod perpindahan yang tinggi bagi meyakinkan PSG menjualnya.

Klopp meminati penyerang muda Perancis, Mbappe.

Anggaran nilai perpindahan adalah sekitar 250 juta pound diletakkan terhadap penyerang yang berjaya meledak 90 gol dalam 120 penampilan untuk juara Ligue 1 itu.

Malah Real Madrid mengenal pasti Mbappe sebagai sasaran perpindahan utama mereka dan bekas pemain sayap PSG, Monaco dan Rangers, Jerome Rothen yang pernah bermain dengan pengendali Los Blancos, Zinedine Zidane menganggap rundingan itu hampir selesai sebelum krisis coronavirus melanda.

“Saya mengetahuinya dari sumber kelab bahawa rundingan untuk membawa Kylian Mbappe ke Real Madrid hampir selesai.”

Advertisement

“Namun, dengan apa yang berlaku, saya pasti ketibaan Mbappe di Real Madrid akan ditangguh,” kata Rothen.

Klopp dilaporkan menghubungi ayah Mbappe bagi mengetahui potensi perpindahan anaknya.