Larangan seks, pemain dilarang meludah antara peraturan baru.

Bolasepak akan mengalami perubahan besar selepas kembali daripada penangguhan susulan pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Liga Perdana Inggeris sedang meningkatkan rancangan untuk mengembalikan aksi liga pada pertengahan bulan Jun.

Dan setiap perlawanan akan disiarkan secara langsung di TV.

Namun bukan sahaja cara berbeza peminat dan penyokong menikmati perlawanan (dengan menonton siaran langsung – ekoran perlawanan diadakan secara tertutup), malah terdapat beberapa peraturan baru yang turut diperkenalkan.

Itu juga akan menyaksikan perubahan dalam aksi perlawanan ataupun permainan.

Sejumlah perubahan baharu terpaksa diperkenalkan hanya disebabkan oleh wabak Covid-19 yang pada dasarnya akan mengubah cara permainan.

Di sini, kita melihat bagaimana bolasepak akan kelihatan berbeza di skrin tv kita dan di belakang tabir.

Larangan Seks

Bundesliga akan menjadi liga pertama yang kembali beraksi iaitu pada 9 Mei dan salah satu syarat yang harus dipatuhi para pemain adalah tidak melakukan hubungan seks sekiranya mereka atau pasangan mereka menunjukkan gejala coronavirus.

Dan pelan tindakan itu boleh dilakukan ataupun diperkenalkan ke Liga Perdana Inggeris sekiranya ia berjaya di Jerman.

Mereka juga perlu tiba di pusat latihan menaiki bas yang berbeza selain perlu menggunakan siku untuk menekan butang lif.

Larangan Meludah

Kad kuning juga akan dilayangkan kepada pemain yang meludah di atas padang dan hukuman itu akan dikenakan atas risiko menyebarkan COVID-19.

Pengerusi jawatankuasa perubatan FIFA, Michel D’Hooghe berkata, meludah “Adalah amalan biasa dalam bolasepak dan ia tidak hygienic (kebersihan)”.

Lima Penggantian

Perubahan ‘sementara’ juga membabitkan pertukaran pemain daripada tiga kepada lima pemain bagi mengelak pemain keletihan dan kecederaan selepas bakal berdepan jadual yang begitu padat.

Penggubal undang-undang risau dan takut para pemain akan mengalami kecederaan dengan mengharungi baki perlawan dalam masa lima minggu atau kurang bagi menamatkan saingan liga musim ini.

Peraturan semasa menyatakan maksimum tiga pemain gantian dibenarkan dalam pertandingan kompetitif dalam tempoh 90 minit akan diubah untuk dua lagi penggantian tambahan.

Tetapi pasukan hanya boleh melakukan tiga pertukaran setiap perlawanan – sama ada ketika perlawanan atau separuh masa – yang bermaksud mereka tidak dapat membuat pertukaran lima pemain dalam satu-satu masa sepanjang perlawanan.

Hanya tiga pertukaran waktu rehat untuk tujuan penggantian pemain dibenarkan untuk setiap pasukan bagi mengelakkan perlawanan berlarutan lebih lama.

Bola dan padang disterilkan

Coronavirus dapat bertahan dalam tempoh 72 jam di permukaan, jadi semua yang bersentuhan dengan pemain harus dibersihkan.

Seorang kakitangan belakang tabir Liga Perdana memberitahu Sky Sports: “Apa sahaja yang dapat dibersihkan akan dibersihkan.

“Kami tidak akan meninggalkan apa-apa kesan ataupu peluang untuk virus itu.”

Tiada sentuhan di sudut

Selain bola dan padang akan disanitasi, pemain juga tidak digalakkan untuk bersentuhan dalam situasi sepakan sudut.

Dengan penjarakan sosial yang diamalkan dan diarahkan kepada setiap individu lain, versi yang diperkecil akan digunakan dalam kotak penalti.

Pemain dilaporkan tidak digalakkan untuk saling berpelukan di sudut atau mana-mana kawasan.

Sekurang-kurangnya itu juga dapat mengurangkan pemain jatuh atau dijatuh terlalu mudah.

Ini sudah pasti akan dilaksanakan di La Liga dengan Rafael Ramos, Presiden Persatuan Doktor Pasukan Bolasepak Sepanyol, mengatakan: “Pada awalnya, pemain tidak akan memiliki sebarang kontak yang sama seperti dulu.

“Kami akan melihat bolasepak yang lain.

“Semuanya akan sedikit berbeza. Pemain tidak akan berpegangan [bersentuhan] antara satu sama lain. ”

Sekatan umur

Pengendali Crystal Palace berusia 72 tahun, Roy Hodgson, bimbang dia akan terlepas aksi sepanjang musim ini kerana kerajaan mengenakan sekatan pada usia 70-an.

Hodgson dikatakan telah memberitahu rakan-rakannya bahawa dia bimbang sekiranya dia tidak akan dibenarkan menghadiri perlawanan atau mengikuti sesi latihan di pusat latihan kelab tersebut.

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris merancang tarikh pertengahan Jun untuk memulakan semula musim ini.

Sekiranya krisis coronavirus sudah cukup reda dengan semua perlawanan dimainkan di belakang pintu tertutup.

Namun dijangkakan bahawa mereka yang berusia lebih dari 70 tahun – dianggap ‘berisiko tinggi’ mudah dijangkiti coronavirus.

Latihan terpencil

Arsenal merupakan pasukan pertama Liga Perdana Inggeris yang kembali menjalani latihan.

Tetapi berjaya melakukannya di padang berbeza dan dengan bola mereka sendiri (tidak berkongsi).

Latihan juga perlu dilangsungkan dalam skala kecil dan hanya lima pemain dalam satu kumpulan.

Brighton, bagaimanapun, telah menerapkan langkah-langkah yang lebih ketat dengan pemain menempah slot ketibaan individu dan kawasan yang diperuntukkan untuk berlatih sendiri.

Pengasingan dan venue neutral

Perancangan untuk aksi berlangsung di venue neutral turut dicadangkan di mana sebelum ini laporan menyatakan berkemungkinan empat perlawanan dalam sehari akan berlangsung di Stadium Wembley.

Malah kelab juga telah mengemukakan idea untuk meletakkan pemain yang sihat dalam kawasan pengasingan selama enam minggu di hotel-hotel yang dicadangkan.

Tindakan untuk menjaga mereka dengan baik dan menjauhi dari jangkitan.

About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment