
Liga Bolasepak Inggeris XI adalah gabungan wakil pemain dari Liga Bolasepak.
Pasukan ini sering bermain melawan Liga Bolasepak Scotland XI dan pasukan pilihan liga kebangsaan lain antara 1892 dan 1976.
Untuk tempoh masa yang lama, pertandingan tahunan antara liga Inggeris dan Scotland ini merupakan kejohanan kedua terpenting dalam melibatkan perlawanan antara dua pasukan kebangsaan.
Perlawanan ini menjadi semakin berkurangan, terutamanya selepas pertandingan kelab Eropah mula diperkenalkan pada tahun 1950-an.
Kemudiannya, kejohanan ataupun pertandingan ini dimainkan secara tidak tetap dan kurang dihadiri, dengan perlawanan terakhir menentang liga Scotland yang dimainkan pada bulan Mac 1976.
Selain perlawanan antara liga (inter-league), satu perlawanan telah dimainkan menentang pasukan kebangsaan England pada tahun 1963, sebagai sebahagian daripada sambutan ke-100 Persatuan Bolasepak England, yang berakhir dengan keputusan seri 3-3.
Selain daripada itu, perlawanan pertunjukkan menentang Persatuan Bolasepak Glasgow juga telah dilangsungkan pada 1977 (kalah 2-1, meraikan Jubilee Perak Elizabeth II) dan menentang pasukan ‘Dunia XI’ di Wembley (kemenangan 3-0, yang merupakan sebahagian daripada perayaan seratus tahun liga).
Liga Bolasepak XI selepas itu lebih banyak menentang pasukan pilihan Liga Itali, yang merupakan perlawanan biasa diadakan sepanjang tahun 1990-an dan terkini ia dimainkan sebagai perlawanan bawah-21 pada tahun 2006.
Keputusan mengikut lawan:
Opponent | P | W | D | L | %W | %D | %L |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Scottish Football League XI | 75 | 42 | 14 | 19 | 56 | 18.7 | 25.3 |
Irish Football League XI | 63 | 54 | 6 | 3 | 85.7 | 9.5 | 4.8 |
League of Ireland XI | 17 | 14 | 2 | 1 | 82.4 | 11.8 | 5.9 |
Serie A/Serie B | 13 | x | x | x | x | x | x |
Southern League XI | 6 | 4 | 1 | 1 | 66.7 | 16.7 | 16.7 |
Army XI | 2 | 2 | 0 | 0 | 100 | 0 | 0 |
Football Alliance XI | 1 | 0 | 1 | 0 | 0 | 100 | 0 |
Wales & Ireland XI | 1 | 1 | 0 | 0 | 100 | 0 | 0 |
England | 1 | 0 | 1 | 0 | 0 | 100 | 0 |
Glasgow XI | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 0 | 100 |
Rest of the World | 1 | 1 | 0 | 0 | 100 | 0 | 0 |