Liga Perancis – Ligue 1 dibatalkan.

Liga Perancis (Ligue 1) musim 2019/2020 menjadi liga terbaru yang terpaksa dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe hari ini bahawa liga sukan profesional termasuk bolasepak dan ragbi tidak boleh disambung sebelum September depan.

Philippe membuat pengumuman itu sebagai pelan berperingkat untuk menarik semula perintah berkurung di negara itu.

Beliau mengumumkan acara yang menghimpunkan lebih daripada 5,000 orang tidak akan dibenarkan sehingga sekurang-kurangnya September depan.

Ini berikutan negara itu menjadi antara negara yang teruk terjejas akibat pandemik itu selepas mencatatkan 23,293 kematian daripada 165,842 kes COVID-19.

Susulan itu, pihak Ligue 1 dilaporkan akan bertemu bulan depan untuk menentukan sama ada akan mengadakan promosi dan penyingkiran serta pasukan mana yang boleh layak ke pertandingan Eropah musim depan.

Ketika ini, skuad Paris Saint Germain merupakan pendahulu Ligue 1.

About MyGooners 866 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment