
Liverpool akhirnya terpaksa memohon maaf di atas perancangan awal mereka untuk memohon bantuan kerajaan di bawah skim pengekalan pekerjaan berikutan pandemik COVID-19.
Selepas dikecam hebat oleh peminat dan bekas pemain, The Reds akhirnya membuat pusingan-U dan membatalkan hasrat mereka itu.

Fenway Sports Group (FSG), pemilik Liverpool yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebelum ini membuat kenyataan dimana mereka merancang untuk memberi cuti kepada 200 kakitangan mereka dengan 80 peratus gaji mereka ditanggung kerajaan dan bakinya akan ditanggung mereka.
Liverpool have placed some of their non-playing staff on furlough.
— BBC Sport (@BBCSport) April 4, 2020
More to follow: https://t.co/o8LxGYdFDp#LFC #bbcfootball pic.twitter.com/RklAJ6SkIa
Tottenham, Newcastle, Bournemouth dan Norwich turut mengambil langkah demikian, tetapi Liverpool – kini mendahului liga dan mempunyai keuntungan sebelum cukai 40 juta pound bagi musim 2018-19, dikritik hebat berdasarkan reputasi mereka.

“Kami percaya keputusan yang diambil minggu lalu adalah salah dan kami memohon maaf di atas kesilapan itu,” kata ketua eksekutif Liverpool Peter Moore.

Dengan Liga Perdana ditangguh akibat pandemik COVID-19, Manchester City yang dimiliki jutawan Abu Dhabi Sheikh Mansour, berkata mereka tidak akan mengambil skim kerajaan berkenaan.
Manchester United turut mengikuti usaha yang dilakukan musuh setempat mereka itu.
Manakala The Gunners telah mengumumkan bahawa mereka akan terus membayar semua kakitangan sepenuhnya sehingga akhir bulan April.
Ini tidak termasuk pekerja kontrak seperti steward dan beberapa kakitangan pengurusan acara (events staff).