Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Mane lebih layak berbanding Virgil van Dijk untuk Ballon d’Or.

Published

on

Lionel Messi tidak bersetuju dengan Jurgen Klopp kerana berpendapat bahawa Sadio Mane lebih layak.

Jurgen Klopp secara terbuka menyokong Virgil van Dijk untuk memenangi Ballon d’Or musim lalu, pendapat yang didakwa menggores hati bintang The Reds, Sadio Mane.

Bagaimanapun Messi yang memenangi anugerah itu sebanyak enam kali percaya Mane adalah pemain terbaik Liverpool sepanjang musim lalu.

“Agak mengecewakan menyaksikan Mane menduduki tempat keempat pada tahun lalu,” kata Messi kepada media Sepanyol.

“Saya rasa ramai pemain yang bagus pada tahun ini.

Advertisement

“Sebab itu sukar untuk memilih pemain terbaik tetapi saya memilih Mane kerana dia adalah pemain yang saya gemari.

“Sebab itulah saya memilihnya.

“Sekali lagi saya ulangi, ramai pemain yang hebat pada tahun ini, jadi sukar untuk membuat pilihan,” katanya.

Mane dikatakan akan meninggalkan Liverpool pada jendela perpindahan musim panas dengan Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Zinedine Zidane dilaporkan telah menjadikan pemain antarabangsa Senegal itu sebagai sasaran utamanya dan bersedia mengeluarkan belanja 150 juta poundsterling untuk melakukan perpindahan itu.

Advertisement

Sementara itu, Liverpool dikaitkan dengan beberapa penyerang sekiranya Mane memutuskan untuk meninggalkan Anfield ke Bernabeu.

Timo Werner dikatakan berada dalam senarai sasaran Liverpool bersama pemenang Piala Dunia, Kylian Mbappe.

Pendapat dan pemain pilihan Klopp didakwa “menggores hati” Sadio Mane