Manuel Neuer mahu kekal di Bayern Munich

Bayern Munich; Goalkeeper
Manuel Neuer

Penjaga gol utama Bayern ini mahu meneruskan kariernya bersama kelab gergasi Jerman itu.

Menurut Sky Germany, dia juga menyatakan perpindahan ke Chelsea bukanlah satu pilihan dirinya buat masa kini.

Masih belum ada persetujuan di antara Neuer dan Bayern mengenai tempoh lanjutan kontraknya, sedang kontraknya terkini akan tamat pada musim panas 2021.

Perundingan agak sukar untuk dilakukan di bawah keadaan sekarang dengan tiada aktiviti bolasepak di Jerman dan Bundesliga sedang digantung sehingga paling awal 30 April ini kerana pandemik virus corona.

Penjaga gol berusia 34 tahun ini juga mahukan kepastian mengenai tahap persaingan dalam skuad pada musim hadapan sebelum menyatakan komitmen dengan perjanjian baru.

Pendahulu Bundesliga ini juga sudah bersetuju pembelian penjaga gol Alexander Nubel dari FC Schalke 04 yang akan menyertai mereka pada musim 2020/21.

Seperti Nubel, Manuel Neuer juga menyertai Bayern dari Schalke 04 pada tahun 2011, dan kini telah membuat sejumlah 373 penampilan bersama Die Roten.

Chelsea dilaporkan mahu mencari pengganti Kepa Arrizabalaga, namun kelab London itu tidak dapat menarik minat Neuer, bukan pilihan untuk dirinya buat masa ini.

Be the first to comment