Martinelli mempunyai bakat dan semangat untuk menjadi pemain berkelas dunia: Kieran Tierney

Kieran Tierney

Kieran Tierney memuji rakan sepasukannya ketika ditemubual interaktif Reddit Ask Me Anyting (AMA).

Dia mengendalikan program tersebut pada hari Jumaat, menjawab pelbagai soalan dari para penyokong Arsenal termasuklah beberapa soalan mengenai Gabriel Martinelli dan bagaimana dia menilai tinggi pemain muda Brazil itu.

“Ketika saya menjalani sesi latihan penuh pertama saya, saya diletakkan berhadapan dengannya [Gabriel Martinelli] dan saya sungguh kagum dengan tahap kesungguhan permainannya,” kata Tierney.

“Saya mengingatkan kepada diri saya bahawa ‘inilah tahap yang saya perlukan untuk boleh bermain untuk Arsenal’.

“Saya rasa keinginan dan kesungguhannya ditambah dengan bakatnya sudah cukup untuk dirinya menjadi pemain berkelas dunia pada tahun-tahun yang akan datang.”

Kieran Tierney meraikan jaringan Gabriel Martinelli ketika menewaskan Standard Liege 4-1 dalam perlawanan Europa League.

“Sudah tentu satu penanda yang bagus apabila seorang pemain berusia 18 tahun telah menetapkan tahap kerja keras dan kesungguhannya.

“Anda mahukan setiap pemain remaja Arsenal sentiasa bersikap seperti itu dan terdesak untuk berada di atas padang untuk membuktikan diri mereka.

Sudah tentu bagus apabila mendengar para pemain menilai tinggi Martinelli di balik tabir.

Bukan sahaja bagus dia mencuba mereka semasa berlatih, tetapi juga tanda positif bahawa dia bukan bernasib baik pada hari perlawanan.

Dia memberikan segalanya setiap hari sepanjang musim.

Kita boleh lihat bagaimana tahap kerajinan dan kesungguhan Martinelli tidak kira apa situasi yang berlaku.

Dia salah seorang yang sentiasa bersedia. Samaada dalam perlawanan Piala Liga menentang Nottingham Forest atau ketika tewas 0-3 kepada Manchester City.

Jika dia boleh memastikan semangatnya seiring dengan perkembangan individu secara konsisten pada tahun-tahun akan datang, dia sudah tentu boleh berada di tahap teratas.

Musim Kieran Tierney bersama Arsenal tidaklah seperti yang diharapkan semasa berpindah dari Celtic kerana mengalami dua kecederaan yang menghadkan jumlah penampilannya bersama the Gunners.

Namun apabila dia cergas bermain, dia menjadi aset penting skuad di bahagian kiri, terutama dalam membuat hantaran lintang kemas dan cantik.

Dia berjaya membuat dua assists dari 11 penampilannya dalam semua kejohanan musim ini sebelum mengalami kecederaan bahu pada Disember tahun lepas.

Be the first to comment