Martinez sudah merancang masa depannya.

Emiliano Martínez

“Saya terbuka untuk segalanya” – penjaga gol Arsenal membincangkan perpindahan masa depannya.

Penjaga gol Arsenal, Emiliano Martínez berkata dia tidak akan menolak peluang untuk kembali ke Argentina untuk menyertai Independiente dalam masa terdekat.

Martínez menyertai Arsenal dari pasukan Bawah 20 Tahun Independiente pada Julai 2010 ketika berusia 17 tahun dan telah menghabiskan sepuluh tahun terakhir di Emirates.

Tempohya di London merupakan sesuatu yang sukar, dengan menghabiskan sebahagian besar masanya secara pinjaman dengan kelab Kejuaraan (Championship) dan Getafe di Sepanyol.

Emiliano Martínez bermain bersama Getafe secara pinjaman pada 2017–2018.

Tahun ini, beliau telah menjumpai dirinya dalam pasukan utama Arsenal, walaupun hanya membuat 11 penampilan dalam semua pertandingan setakat ini, namun masih lagi gagal untuk membuat penampilan dalam saingan Liga Perdana.

Dengan kontraknya bakal berakhir pada tahun 2022, beliau seolah-olah sudah mempunyai rancangan untuk masa depannya dan itu adalah untuk kembali ke kelab lama bersama Sergio Agüero dari Manchester City.

Sergio Agüero dilahirkan dari akademi Independiente dan bermain bersama skuad remaja dari 1997–2003 sebelum menyertai skuad utama kelab tersebut pada 2003 sehingga 2006.

Penyerang utama City itu telah banyak kali dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Independiente apabila perjanjiannya di Etihad berakhir dan Martinez mengakui beliau juga memikirkan perkara yang sama.

Laporan dan temubual (video) TNT Sports mengenai Maritnez

” Jadi, apabila Kun Agüero kembali, saya juga berfikir begitu,” katanya kepada TNT Sports.

“Ia kelab yang dia gemari… Saya memberitahu anda bahawa sebenarnya, anda tidak boleh membuang itu [perasaan ingin kembali ke kelab lama].

“Saya terbuka kepada segala-galanya, terutamanya dengan kelab Inggeris.

“Saya bermain di Argentina sehingga saya berumur 17 atau 18 tahun.

“Saya tidak akan mengatakan tidak kepada peluang untuk kembali, mungkin dalam masa dua atau tiga tahun lagi…

“Saya akan menantikannya.”

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment