Connect with us

Arsenal

Minat Arsenal terhadap Reguilon telah muncul dalam beberapa minggu terakhir.

Published

on

Arsenal dilaporkan telah menghubungi Real Madrid

The Gunners dikatakan salah satu kelab yang berminat dengan bek kiri Real Madrid, Sergio Reguilon.

Maklumat itu dibawa oleh media Sepanyol ABC de Sevilla, yang melaporkan bahawa lebih dari sepuluh kelab telah menghubungi pemain tersebut berkenaan perpindahan dengan minat The Gunners muncul ‘dalam beberapa minggu terakhir’.

Reguilon ketika ini dipinjaman di Sevilla untuk tempoh semusim dan laporan ABC kebanyakan tertumpu kepada peluang tipis pasukan La Liga untuk mengekalkan pemain itu lebih lama.

Advertisement

Persaingan besar untuk menandatangani pemain tersebut menjadikan ia jauh lebih sukar, terutamanya kerana Real Madrid mungkin mahu mengekalkan Reguilon untuk musim depan.

Dikatakan Zinedine Zidane ingin melihat pemain itu di pra-musim dan sekiranya mereka memutuskan untuk melepaskannya, mereka memilih perjanjian yang akan membolehkan Real Madrid membelinya kembali.

Arsenal disebut sebagai salah satu kelab yang telah menghubungi pemain tersebut, dengan ABC mengatakan mereka ‘mungkin kehilangan Bukayo Saka’, dan dapat menggunakan Reguilon sebagai pengganti.

Dengan Real Madrid masih belum membuat keputusan mengenai penjualan pemain itu, maka nilai pemain tersebut (harga perpindahan) masih belum ditetapkan mereka.

Advertisement
Reguilon (23 tahun) bermain sebagai bek kiri untuk Sevilla, dipinjaman dari Real Madrid musim ini.

Bagaimanapun nilai pasaran semasa Reguilon dianggarkan sekitar €20 ketika ini.

Some of the clubs that have asked about Reguilón are Arsenal, who could lose Bukayo Saka, and Tottenham, who have not found Ryan Sessegnon the side he wanted. Also in Germany, Borussia Dortmund is pending Reguilon.ABC Sevilla.

Laporan ABC Sepanyol mengatakan Arsenal berminat menandatangani Reguilon bagi menggantikan Saka.
Kontrak Saka bersama Arsenal bakal berakhir Jun 2021.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply