Ozil bergabung dengan bintang Chelsea sediakan 60,000 topeng muka.

Bantuan kepada Sierra Leone bagi menghadapi pandemik coronavirus.

Mesut Ozil telah bergabung dengan sekumpulan bintang Chelsea yang diketuai oleh Antonio Rudiger dalam sebuah projek untuk menghantar 60,000 topeng muka ke Sierra Leone bagi membantu dalam memerangi wabak coronavirus.

Keluarga Rudiger berasal dari Sierra Leone tetapi melarikan diri dari negara itu pada tahun 1991 ke Jerman sebagai pelarian setelah perang saudara meletus.

Antonio Rudiger (27) adalah pemain bolasepak profesional Jerman yang bermain sebagai bek tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan pasukan kebangsaan Jerman.

Pemain antarabangsa Jerman itu akan disertai oleh N’Golo Kante, Olivier Giroud dan Callum Hudson-Odio dalam memberi sumbangan kepada kumpulan amal tempatan Madam Wokie dan Lunchbox Gift.

Setiap pemain yang terlibat menawarkan $ 5000 dengan sumbangan itu menyamai Kesatuan Eropah yang turut menyokong inisiatif tersebut.

Rudiger mendedahkan projek itu secara terperinci di akaun Twitter rasminya dan mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukannya dan juga Ozil.

Turut terlibar adalah bekas pemain Arsenal yang kini bersama Chelsea, Olivier Giroud.

Perancang terkenal Arsenal itu, yang berketurunan Turki telah dikecam hebat kerana dilaporkan antara tiga pemain The Gunners yang menolak pemotongan gaji 12.5 peratus, menurut Daily Mail.

Laporan Daily Mail.

Pemain berusia 31 tahun itu merupakan pemain Arsenal dengan menerima gaji tertinggi dalam pasukan dengan memperolehi £ 350,000 setiap minggu.

Bagaimanapun, Ozil banyak terlibat dalam beberapa projek dan inisiatif amal untuk membantu kanak-kanak miskin dan kurang upaya.

Malah kami turut melaporkan di mana Ozil sebenarnya sanggup untuk melakukan pemotongan gaji lebih tinggi daripada apa yang kelab usulkan.

Semoga Ozil sentiasa tabah dan dimurahkan rezeki. #COYG!

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment