Ozil setuju lakukan pemotongan gaji lebih tinggi.

Tindakan terbaru Ozil pasti akan menutup mulut para pengkitik selepas menerima kecam hebat.

Mesut Ozil sanggup menyertai rakan sepasukan Arsenal memotong gaji namun dia mahukan kepastian mengenai perancangan masa depan kewangan kelab kata sumber kapada ESPN.

Arsenal pada Isnin lalu mengumumkan bahawa pemain pasukan utama, ketua jurulatih Mikel Arteta dan kakitangan kejurulatih pasukan utama sudah bersetuju dengan pemotongan gaji 12.5 peratus sepanjang 12 bulan bermula hujung bulan ini.

Gaji akan dibayar kembali sepenuhnya jika kelab layak ke Liga Juara-Juara atau dipulangkan sebahagian jika mereka hanya layak ke Liga Europa.

Bagaimanapun sekurang-kurangnya tiga pemain menolak rancangan itu termasuk Ozil, yang juga pemain yang menerima gaji paling tinggi di kelab dengan £350,000 seminggu.

Manakala dua pemain lagi yang tidak bersetuju, tidak didedahkan namanya.

Sumber yang rapat dengan perbincangan itu memberitahu Ozil menolak cadangan kelab kerana kurangnya komunikasi berkesan mengenai bagaimana wang berkenaan sepatutnya digunakan dan kesan kewangan jangka panjang berbanding atas sebab kewangan peribadi.

Ozil menyumbang sekurang-kurangnya £2 juta pound setiap tahun kepada organisasi kebajikan termasuklah kepada 1,000 operasi membabitkan kanak-kanak seluruh dunia dan dana kepada kemudahan latihan baharu buat kanak-kanak di kawasan kelahiran ibu-bapanya, Zonguldak di Turki.

Perbincangan masih berlangsung dengan Ozil dikatakan sanggup memotong gajinya lebih tinggi berbanding 12.5 peratus yang sudah dipersetujui.

Bagaimanapun beliau percaya, proses (keputusan ) itu dilakukan terlalu cepat, tanpa rundingan mencukupi membabitkan peguam atau pakar kontrak.

Sumber memberitahu bahawa persetujuan mulut sudah dicapai tetapi kertas kerja akhir masih belum dimuktamadkan.

Sebelum ini tindakan Ozil yang tidak bersetuju mengenai pemotongan gaji menerima kecam hebat daripada pemerhati sukan bolasepak.

About MyGooners 866 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment