Pada Hari Ini 13 April : 16 Perkara Telah Terjadi.

16 Perkara menarik Arsenal

13 April 1895: Harry Storer bermain pada hari ini untuk Liga Bolasepak XI dan menjadi pemain Arsenal pertama untuk mendapatkan penghormatan sebagai wakil pemain yang bermain untuk Arsenal tetapi di boo di halaman sendiri. Dia digantung berikutan ‘perbalahan’ dengan penyokong dan kemudian dijual ke Liverpool.

13 April 1889: Perlawanan terakhir menentang Millwall Rovers; Arsenal menang 3-0. Selepas itu Millwall Rovers menukar nama kepada Millwall Athletic, (kini dikenali Millwall sahaja selepas perang dunia ke-2) namun perlawanan menentang seteru setempat terbesar ketika itu terus berlanjutan.

13 April 1903: Arsenal 0-0 Leicester, musim ini Arsenal menamatkan saingan liga pada kedudukan ke-3. Kedudukan tertinggi Arsenal pada era tersebut. Namun Arsenal terlepas peluang untuk dinaikan liga dengan hanya tiga mata. Seramai 12000 penonton menyaksikan perlawanan ini dan 28,000 muncul setahun kemudian apabila Arsenal dinaikkan liga.

13 April 1906: Arsenal 2-1 Aston Villa. Perlawanan dimainkan pada hari Jumaat dengan 30,000 orang pertama hadir menyaksikan perlawanan liga di Manor Ground.

13 April 1918: Arsenal memulakan siri kejohanan untuk Piala Dana Perang Negara, menentang Millwall dan Brentford di laman sendiri dan di tempat lawan. Chelsea juga bermain empat perlawanan tetapi perincian tentang bagaimana persaingan dianjurkan tetap sukar difahami.

13 April 1935: Arsenal menduduki tangga teratas liga sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Wolverhampton yang berada di tangga ke-17 liga. Hill menjaringkan gol liga ke-100 Arsenal musim ini. Bagaimanapun media menganggap keputusan tersebut tidak cukup bagus bagi sebuah kelab yang bakal menjuarai kejohanan (liga).

13 April 1936: West Bromwich 1-0 Arsenal . Perlawanan terakhir buat Ehud Rogers. Beliau telah bermain 16 perlawanan liga dan menjaringkan lima gol, kemudian berpindah ke Newcastle.

Ehud Rogers menyertai Newcastle United dengan nilai perpindahan berjumlah £2,500 pada Jun 1936. Kredit foto: Arsenal.com

13 April 1946: Southampton 1-1 Arsenal, salah satu daripada tujuh perlawanan terakhir dalam wartime league, di mana Arsenal hanya memenangi satu perlawanan sahaja. Ia merupakan pertanda untuk aksi bolasepak profesional kembali semula selepas era perang, hanya empat bulan lagi pada ketika itu untuk dimulakan.

13 April 1957: Debut liga John Barnwell, kalah 1-0 kepada Sunderland. Beliau kemudiannya menjadi pengurus (memenangi piala liga dengan Wolverhampton) dan Ketua Eksekutif Persatuan Pengurus Liga.

13 April 1962: Peter Simpson menandatangani kontrak profesional. alah seorang ahli pasukan yang memenangi kejuara berganda ‘Double Winning’ pertama, beliau bermain 353 perlawanan liga untuk Arsenal dan kemudian menghabiskan masa bermain di Amerika sebelum kembali ke England. Beliau juga merupakan penjaring terbanyak ke-10 Arsenal sepanjang masa.

Peter Simpson beraksi bersama New England Tea Men dari NASL di Amerika Syarikat untuk tempoh yang singkat, dan kemudian kembali ke England untuk bermain bersama pasukan bukan liga Hendon, sebelum bersara. Kredit foto: Arsenal

13 April 1971: Selepas Leeds mencatatkan keputusan seri menentang Huddersfield sehari sebelumnya, kemenangan adalah yang diperlukan Arsenal pada perlawanan ke-36 (liga musim ini mempunyai 42 perlawanan) untuk mencatatkan kejuaraan berganda pertama buat The Gunners. Nottingham Forest 0-3 Arsenal. Ini meletakkan Arsenal dua mata di belakang Leeds, dengan dua perlawanan di tangan. McLintock, Kennedy dan George menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.

13 April 1974: Chelsea 1-3 Arsenal. The Gunners naik ke tangga ke-12 dengan Kennedy menjaringkan dua dan Radford menjaringkan satu gol. Seramai 29,152 penonton hadir di Stamford Bridge yang berkapasiti 80,000 pada masa itu.

13 April 1976: Arsenal mengalahkan Wolverhampton Wanderers di Highbury 2-1 pada 13 April. Seramai 19,518 penonton telah hadir.

13 April 1998: Arsenal menang 4-1 Blackburn Rovers. Perlawanan ke-32 liga untuk musim kejuaraan berganda. Bergkamp, Parlo (2 gol) dan Anelka satu gol. Ia adalah perlawanan ke-14 tidak terkalah.

13 April 2003: Arsenal 1-0 Sheffield Utd. Separuh akhir Piala FA yang dimainkan di Old Trafford. Ljungberg menjaringkan gol pada minti ke-34.

13 April 2009: Kolo Touré meminta untuk dilepaskan, mendakwa dia tidak dapat bertahan dengan William Gallas. Walaupun Hill Wood menolak permintaan itu, Toure akhirnya berpindah ke Man City dengan nilai perpindahan sebanyak £ 14 juta pada 28 Julai. Ia merupakan keuntungan sebanyak £ 13,850,000 selepas tujuh tahun Arsenal membelinya.

Touré menyertai Arsenal dari ASEC Mimosas dan menandatangani kontrak jangka panjang dengan bayaran £ 150,000 pada 14 Februari 2002 selepas percubaan singkat.
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment