Connect with us

Arsenal

Pada Hari Ini – 1994 : Arsenal mara ke final Piala Pemenang Piala.

Published

on

Arsenal mara final Piala Pemenang Piala (Cup Winners Cup) dengan mengalahkan PSG 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Highbury.

Sebelum itu, pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1.

29-Mar-94 Paris St Germain v Arsenal D 1-1 UEFA European Cup Winners Cup
12-Apr-94 Arsenal v Paris St Germain W 1-0 UEFA European Cup Winners Cup

Kevin Campbell menjaringkan gol tunggal perlawanan dan juga gol kemenangan Arsenal hanya selepas tujuh minit perlawanan dimulakan.

Advertisement
Campbell meraikan jaringan.

Gol awal Campbell berpunca daripada umpanan silang Lee Dixon, sekali gus mengubah perlawanan dengan Arsenal berjaya mendahului perlawanan, juga secara aggregate.

Gol jaringan Campbell

Manakala PSG, yang dketuai oleh David Ginola, terus berjuang untuk menyamakan kedudukan.

Pun begitu barisan pertahanan Arsenal yang diketuai oleh Tony Adams, kekal unggul mengekang mereka, manakala David Seaman juga menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.

Walaupun berjaya mara ke final, namun layangan kad kuning kepada Ian Wright memaksa pemain tersebut melupakan aksi final di Copenhagen.

Advertisement

Kesebelasan utama kedua-dua pasukan.

ARSENAL PSG
1 David Seaman 1 Bernard Lama
2 Lee Dixon Ricardo Gomes yellow 39′
3 Nigel Winterburn 88′ Jean-Luc Sassus 80′
5 Steve Bould 3 Patrick Colleter yellow 12′
6 Tony Adams 5 Alain Roche
Ian Selley Laurent Fournier
Faxe Jensen 2 Paul Le Guen
Paul Davis 76′ 8 Vincent Guérin
Alan Smith 10 Raí 78′
Kevin Campbell 10 Valdo
8 Ian Wright – kad kuning: 42′ 11 David Ginola
Substitutes Substitutes
14 Martin Keown 88′ 14 Francis Llacer 80′
17 David Hillier 76′ Xavier Gravelaine 78′
Pengurus: George Graham Pengurus: Artur Jorge

Highlights Perlawanan

Dan Arsenal menamatkan kejohanan ini dengan muncul juara setelah menewaskan kelab Itali, Parma, 1-0 pada 4 Mei 1994.

Alan Smith menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada final European Cup Winners Cup 1994.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply