Paolo Maldini akui masih BERGELUT dengan kesan selepas menghidap virus corona

Paolo Maldini

Bekas pemain pertahanan Itali, Paolo Maldini mendedahkan dia masih lagi merasai kesan selepas virus corona tiga minggu selepas sah menghidap penyakit itu.

Maldini mula merasai simptom penyakit ini pada 5 Mac dan mendedahkan pada tiga minggu lepas bahawa ujian dia dan anaknya Daniel adalah positif.

Bekas pemain legenda AC Milan ini memberitahu AS: “Sukar untuk memulakannya kembali.

“Hari ini saya cuba untuk melakukan sesuatu di gim, tetapi saya rasa mahu mati selepas 10 minit.

“Dan bukan kerana saya berusia 52 tahun.”

Walaupun pada dua minggu lepas Maldini mengatakan dia dalam keadaan yang baik selepas pulih dari sakit itu.

Dia memberitahu akhbar Itali Corriere della Sera: “Saya berasa sihat, dan situasi sukar sudah berlalu.

“Saya masih ada batuk kering. Saya sudah hilang deria rasa dan bau, dan saya berharap ianya dapat kembali.

“Ianya seperti selsema yang lebih teruk, tetapi ia bukan selsema biasa.

“Saya tahu keadaan badan saya. Seorang atlit mengenali diri mereka.

“Kesakitannya sangat kuat. Seperti mencengkam dada.

“Ia adalah virus baharu. Badan melawan dengan satu musuh yang tidak diketahui.”

Maldini juga menjelaskan bagaimana virus itu memberi kesan kepadanya dan apa yang dirasainya.

Daniel (kiri) dan Paolo Maldini

“Saya mula merasai simptom pertama pada hari Khamis, 5 Mac.

“Rasa sakit pada sendi-sendi dan otot-oto.

“Saya tidak pernah menghidap demam melebihi 38.5 darjah celsius.

“Pada keesokan harinya, saya sepatutnya pergi ke Milanello (pusat latihan AC Milan, dan saya tinggal di rumah.

“Saya juga terlepas perlawanan Milan-Genoa.

“Saya hanya menggunakan tachipirin sebagai ubat. Saya tidak mengambil anti-virals kerana saya tidak pernah mengalami masalah pernafasan.”

Paolo Maldini, yang kini menjadi Pengarah Teknikal kelab, merupakan salah seorang pemain pertahanan terbaik Itali dan telah membuat rekod penampilan 647 Serie A.

Daniel, 18 tahun, baru sahaja membuat debut AC Milan musim ini.

Dia memenangi kejuaraan Serie A Itali sebanyak tujuh kali dan Liga Juara-Juara Eropah lima kali sebelum bersara pada tahun 2009.

Be the first to comment