Paul Pogba merupakan peminat Arsenal

Manchester United

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba mengakui dia merupakan seorang peminat Arsenal semasa zaman kanak-kanaknya.

Pemegang rekod penjaring gol Arsenal, Henry termasuk dalam sekumpulan pemain, termasuklah Ronaldinho, Ronaldo, dan Zinedine Zidane yang menjadi pemain-pemain kegemaran Pogba semasa dia kecil.

Paul Pogba menghadiri anugerah MTV bersama abangnya Florentin (kanan) dan Mathias (kiri)

“Saya akan bersikap jujur. Pada mulanya, saya seorang peminat Arsenal – sudah tentu kerana adanya pemain-pemain Perancis,” Pogba memberitahu podcast rasmi United.

“Saya dan abang saya minat Arsenal, tetapi abang saya satu lagi merupakan peminat Manchester United.

“Saya tidak dapat bercakap apa-apa kerana saya pernah meminati Henry, dan kerana dialah saya menjadi peminat Arsenal.

“Kemudian saya ubah fikiran dan memilih untuk meminat kelab yang sama dengan abang saya yang satu lagi, menjadi peminat United!”

Paul (kanan) dan Florentin Pogba (kiri).

Pemenang Piala Dunia 2018 ini menyertai United dari Le Harve pada usia 16 tahun pada tahun 2009, sebelum berpindah ke Juventus dan kembali semula ke Old Trafford pada 2016.

Pogba menerima banyak kritikan atas tahap permainannya semasa tempoh keduanya di United, walaupun dia kerap menyumbang gol dan assists untuk Red Devils.

Pemain berusia 27 tahun ini terlepas hampir semua aksi Premier League musim ini dengan kecederaan buku lali semasa liga digantung pada 13 Mac kerana pandemik virus corona.

Dia semakin hampir untuk kembali beraksi untuk United dalam beberapa perlawanan menentang pasukan-pasukan besar – termasuk Arsenal – untuk menamatkan musim di tempat empat pasukan teratas liga dan kembali ke Liga Juara-Juara Eropah.

Be the first to comment