Pemain Arsenal kerap berhubung dengan pakar psikologi

Ketua Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan para pemainnya kerap berhubung dengan pakar psikologi ketika tempoh penggantungan Premier League ini.

Skuad Arsenal sudah lama tidak berkumpul bersama semenjak Arteta telah didiagnosis virus corona sebulan lebih yang lepas, dan telah mengasingkan diri serta melakukan latihan di kediaman masing-masing bila langkah pengurungan mula dikuatkuasakan.

Situasi ini agak janggal untuk para pemain dan Arteta bersungguh-sungguh mahu memastikan mereka mendapat bantuan yang mereka perlukan.

“Kami mempunyai pakar psikologi kami yang akan memantau keadaan para pemain dan sentiasa berhubung dengan mereka,” katanya.

“Dan sedang kami menerima maklumblas daripada pelbagai pihak, kami kerap menghantar maklumat dan video-video bagi memastikan mereka sentiasa sibuk.

“Juga memastikan mereka sentiasa melakukan kerja mereka dan dekat dengan orang-orang yang berkaitan dengan pekerjaan mereka, iaitu kami dan para jurulatih saya.

“Tetapi kami juga sudah melalui beberapa perbicaraan yang bagus. Kali ini sangat membantu dari pihak saya, sekurangnya untuk mengenali para pemain dengan lebih baik, dan mengeratkan perhubungan kami, komunikasi dan kefahaman di antara kami.”

Masa depan Premier League masih lagi samar-samar walau telah meletakkan 8 Jun sebagai tarikh cadangan terbaik untuk memulakan kembali musim ini.

Keadaan ini menyukarkan untuk kelab-kelab membuat perancangan, terutama dalam isu perpindahan pemain kerana tiada siapa tahu bilakah jendela perpindahan akan dibuka.

Arteta berkata pasukan pencari bakat/pemain masih melakukan tugasan mereka dan senario berbeza telah pun dirancang.

“Kami sudah menjalankan banyak mesyuarat untuk mencuba dan merancang untuk musim akan datang,” tambahnya.

“Kami mungkin akan ada satu, dua, tiga senario berbeza dan kami sudah bersiap sedia untuk semuanya.

“Saya bukanlah orang yang suka untuk melakukan banyak peningkatan atau pembaharuan, tetapi kami juga perlu tahu keadaan boleh berubah setiap minggu dan kami perlu mempersiap kelab untuk bertindak dan menyesuaikan diri.

“Kami mempunyai masa untuk melihat apa yang kami telah lakukan setakat ini, dan perkara-perkara yang telah kami telah pertingkatkan sebagai satu pasukan dan sebagai kakitangan jurulatih juga, dan mempunyai refleksi yang besar terdahap semua bahagian di kelab.

“Bagaimanakah perasaan mereka juga apa yang telah kami lakukan, apa yang kami telah tetapkan sebagai satu kelab, jika mereka mempunyai idea-idea untuk kami meningkatkan pasukan, dan kami lebih dari sudi untuk membantu mereka untuk memudahkan tugasan mereka.

“Jadi apabila kami sudah boleh kembali dan mealkukan tugasan kami dengan sebaiknya walau tidak tahu dalam kedaaan macam mana atau berapa lama kami akan berada dalam keadaan tersebut.”

Be the first to comment