Pemain Arsenal tolak permintaan potongan gaji 12.5%

Satu laporan mengatakan para pemain Arsenal menolak permintaan kelab untuk pemotongan gaji mereka sebanyak 12.5%.

Sepanjang minggu ini, Arsenal dilaporkan sedang melakukan rundingan potongan gaji dengan pemain-pemain mereka, bergantung sama ada mereka layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada penghujung musim.

The Gunners sangat bergantung dengan pendapatan hari perlawanan, tetapi sudah tentu tiada lagi kerana tiada perlawanan, dan mereka berharap para pemain dapat membantu mereka.

The Telegraph mendakwa kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah adalah sebahagian daripada cadangan Arsenal sekarang.

Mereka mencadangkan sebarang pemotongan gaji tidak akan dilakukan andai kelab berjaya kembali ke kejohanan premium kelab Eropah itu.

Andai Arsenal layak, ia dapat menanggung kerugian yang dialami ketika ini.

Namun kebanyakan pemain tidak ‘membeli’ cadangan ini.

Mungkin mereka tidak percaya yang Arsenal akan layak, atau tidak mahu mengambil risiko.

Ada juga laporan mengatakan pihak kelab sedang mencuba untuk membuat potongan gaji secara kekal menerusi ‘pintu belakang’.

Dalam laporan Daily Mail, “Pemain-pemain bintang Arsenal akan menolak cadangan pemotongan gaji selepas mereka diberitahu untuk menerima potongan gaji, bukan penangguhan.

“The Gunners mahukan skuad mereka mengambil potongan, dipercayan sekitar 12.5% selama 12 bulan bermula pada bulan ini.

“Pihak kelab telah menawar untuk membayar balik jumlah penuh kepada para pemain andai layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan – senario yang kurang pasti memandangkan mereka ketinggalan lapan mata di belakang pasukan tempat keempat, Chelsea.

“Cadangan potongan gaji akan dikurangkan ke 7.5% andai Arsenal layak ke Europa League musim hadapan.

“Tetapi, andai Arsenal tidak layak dalam dua kejohanan tersebut, pihak kelab telah memberi cadangan kepada para pemain untuk menerima potong gaji penuh sebanyak 12.5%.

“Walaubagaimanapun, para pemain akan menolak cadangan itu.

“Mereka tidak mahu membuat pertimbangan potongan gaji tetapi bersedia untuk mendengar tawaran penangguhan gaji.

“Hanya Southampton dan West Ham United yang berjaya menyelesaikan isu pengurangan gaji para pemain mereka.

“The Saints bersetuju penangguhan gaji 10% selama tiga bulan, manakala penerima gaji tertinggi the Hammers akan menerima penangguhan gaji hampir 30% selama lima bulan.

“Kontrak pemain-pemain Arsenal sudah dibebani untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

“Dan dengan keadaan semasa kelab yang mungkin tidak akan layak ke kejohanan tersebut pada musim depan, para pemain akan berhadapan dengan kehilangan pendapatan yang besar dan tidak berminat dengan cadangan-cadangan kelab.”

Be the first to comment