Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Pemain kebangsaan China Yu Hanchao dipecat oleh Guangzhou Evergrande

Published

on

Dia telah dilepaskan oleh kelabnya itu selepas dirakam mengubahsuai plat keretanya.

Pemain berusia 33 tahun ini telah ditahan oleh pihak polis dan dibuang oleh kelabnya kerana melanggar peraturan-peraturan pasukan.

Polisi Guangzhou Evergrande menyatakan mana-mana pemain yang melanggar undang-undang akan dilepaskan.

Advertisement

“Pemain itu Yu Hanchao telah melanggar tatatertib disiplin kelab, dan kerana itu telah dilepaskan,” baca kenyataan rasmi kelab.

Yu akan ditahan selama 15 hari, dikenakan bayaran denda 5000 Yuan China dan 12 mata penalti ke atas lesen memandunya.

Yu Hanchao dirakam mengubahsuai plat keretanya

Menurut polisi bandar Guangzhou, kenderaan bukan tempatan hanya dibenarkan untuk memandu selama empat hari berturut-turut, dan para pemandu kemudian perlu tidak menggunakan kenderaan mereka pada empat hari seterusnya.

Kenderaan Yu telah didaftarkan di kampung halamannya di Liaoning, dengan jaraknya melebihi 2,700 kilometer dari Guangzhou.

Yu menyertai Guangzhou Evergrande dari Dalian Arbin pada 2014.

Advertisement

Dan di peringkat antarabangsa, pemain sayap ini telah mendapat 59 caps antarabangsa bersama skuad kebangsaan China, setelah debutnya pada 2009.

Dia telah membantu pasukannya menjadi pasukan paling berjaya di China selama beberapa musim, memenangi Liga Super China setiap musim dari 2011 sehingga 2019 kecuali musim 2017/18.

Dia menyumbangkan 31 jaringan gol, 45 assist dalam 174 penampilannya dari 2014 hingga 2020 untuk kelab besar China itu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply