Pemain pertahanan Lokomotiv Moscow meninggal dunia

Lokomotiv Moscow telah mengesahkan Innokenty Samokhvalov telah meninggal dunia ketika menjalani sesi latihan di rumah.

Samokhvalov, 22 tahun, menyertai kelab sebagai pemain remaja lima tahun lepas, dan disyaki mengalami kegagalan fungsi jantung ketika menjalani sesi latihan sendirian di kediamannya.

Kenyataan Lokomotiv Moscow: “FC Lokomotiv terkejut dengan apa yang sudah berlaku. Ini merupakan kesedihan besar buat keluarga kami. Kami mengucapkan salam takziah kami kepada keluarga dan rakan-rakannya.”

Dia meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki.

Dengan semua pemain Liga Premier Russia dikuarantin ketika pandemik virus corona, Samokhvalov sedang menjalani latihan secara bersendirian ketika berlaku insiden tersebut.

Dia bermain untuk pasukan simpanan kelab, Kazanka, yang bermain di divisyen 3 Russia.

Jurulatih Kazanka Alexander Grishin memberitahu agensi berita Russia RIA Novos, “Ianya sangat menyedihkan.

“Para doktor memberitahu kami punca kematiannya adalah kegagalan fungsi jantung.

“Jika doktor membenarkannya untuk berlatih, kami membuat andaian dia tidak ada apa-apa masalah.

Be the first to comment