Pemain Real Madrid dijadikan umpan dalam ‘tawar menawar’ kepada Arsenal untuk perpindahan musim panas.

Gergasi Sepanyol mahukan penyerang Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini.

Real Madrid telah memasuki perlumbaan untuk bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang setelah melihat dua sasaran utama mereka, Kylian Mbappé dan Erling Haaland semakin ‘jauh’.

Ini adalah menurut Sport.

Ia mendakwa pemain berusia 30 tahun itu ‘boleh didapati pada harga 50 juta euro’ kerana kontraknya akan tamat pada tahun 2021 dan Aubameyang juga masih belum memberi respon ‘menyakinkan’ kepada tawaran pembaharuan kontrak The Gunners.

Arsenal akan memiliki peluang besar terakhir untuk mengumpulkan wang dari penjualan penyerang Gabon itu pada musim panas nanti, jika Aubameyang memutuskan untuk tidak menandatangani kontrak lanjutan sebelum jendela perpindahan dibuka.

Erling Haaland, pemain antara pemain sasaran utama Real Madrid.

Dengan Real Madrid berjuang untuk menandatangani salah seorang bintang PSG atau penyerang Borussia Dortmund, mereka juga terdesak untuk mencari pilihan alternatif.

Kylian Mbappé juga menjadi sasaran utama Real Madrid selain Erling Haaland

Keadaan itu memaksa mereka untuk melihat di England dan Aubameyang muncul sebagai pilihan.

Sport menambah bahawa Real Madrid bersedia meletakkan Luka Jović di atas meja sebagai bahan ‘tawar-menawar’, jika mereka memutuskan untuk mendapatkan Aubameyang.

Barcelona juga dilaporkan cuba menandatangani penyerang sensasi Arsenal ini pada Januari dan mereka juga mengadakan perbincangan dengan wakilnya.

Real Madrid gunakan Luca Jovic sebagai bahan pertukaran dalam menandatangani Aubameyang dari Arsenal.

Menurut Sport, ini telah menghasilkan ‘perbincangan lancar’ antara kedua-dua pihak.

Juara La Liga itu boleh menukar sasaran mereka terhadap penyerang Arsenal, hanya jika mereka gagal menandatangani pemain Inter, Martínez.

BACA: Aubameyang mempunyai ‘tawaran penting’ dari dua kelab.

Laporan Sport menunjukkan bahawa Aubameyang hanya dipandang sebagai sasaran alternatif oleh Real Madrid dan Barcelona.

Barcelona mahukan Lautaro dari Inter.

Dan mereka hanya akan mencuba untuk menandatanganinya sekiranya mereka gagal mencapai objektif keutamaan mereka, pemain sasaran utama kedua-dua kelab Sepanyol itu.

Baca: Aubameyang akan putuskan masa depannya pada bulan Jun.

Kitaran (kaitan) perpindahan Aubameyang.
About MyGooners 885 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment