Penyerang Juventus, Paulo Dybala masih positif COVID-19 selepas enam minggu.

Dybala masih positif coronavirus selepas enam minggu terkena penyakit itu.

Paulo Dybala disahkan positif COVID-19 buat kali keempat dalam tempoh enam minggu.

Pemain Juventus itu antara pemain Serie A terawal yang dijangkiti wabak itu bersama rakan sepasukan, Daniele Rugani dan Blaise Matuidi, namun beliau berjaya sembuh.

Pada 21 Mac lalu, Dybala mengesahkan dia dan kekasihnya, Oriana Sabatini dijangkiti virus terbabit.

View this post on Instagram

Hola a todos, quería comunicarles que acabamos de recibir los resultados del test del Covid-19 y tanto @orianasabatini como yo dimos positivo. Por fortuna nos encontramos en perfecto estado. Gracias por sus mensajes y un saludo a todos 💪🏼💪🏼💪🏼 Ciao a tutti, volevo informarvi che abbiamo appena ricevuto i risultati del test Covid-19 e sia io che Oriana siamo risultati positivi. Fortunatamente siamo in perfette condizioni. Grazie per i vostri messaggi. Un saluto a tutti! 💪🏼💪🏼💪🏼 Hi everyone, I just wanted to inform you that we have received the results for the Covid-19 test and both Oriana and I have tested positive. Luckily we are in perfect conditions. Thanks for your messages. 💪🏼💪🏼💪🏼

A post shared by Paulo Dybala (@paulodybala) on

Hi everyone, I wanted to inform you that we have just received the results of the Covid-19 test and both Oriana and I have tested positive. Fortunately we are in perfect condition. Thanks for your messages.” – Dybala.

Namun menurut sumber rapat CNN, mereka mendedahkan bahawa Dybala menjalani empat ujian dalam tempoh enam minggu ini dan keputusan terbaharu menyaksikan dia positif COVID-19.

Bagaimanapun, Dybala tetap ceria apabila menerusi kemas kini di laman Instagramnya, pemain itu bersenam di gimnasium rumahnya selain pasangan itu melakukan tarian TikTok bersama, hanya beberapa hari selepas membawa anjing baharu, Kaia ke rumahnya.

Dybala bersama Kaia

Laporan terbabit timbul selepas Juventus menghubungi pemain yang kembali ke kampung halaman masing-masing apabila perintah berkurung dilaksanakan.

“Dia baik-baik saja sekarang, dia tidak mempunyai gejala dan bahkan berlatih.

“Sekarang dia sedang menunggu hasil dari dua sapuan terbaru [ujian coronavirus],” kata sumber itu sebagaimana didedahkan CNN.

“Dybala harus menghormati sistem rawatan kesihatan dan masa yang diperlukan.

“Dia adalah pemain bolasepak dan tidak terkecuali dari arahan tersebut, tidak perlu mendapat layanan istimewa.”

Dybala telah menjalani empat ujian secara keseluruhan. Dua ujian pertama kembali positif tetapi kini sedang menunggu keputusan ujian ketiga dan keempat.

Cristiano Ronaldo dan Douglas Costa adalah antara yang dipanggil untuk kembali ke Turin dengan Juventus cuba untuk kembali melangsungkan sesi latihan seperti yang dilakukan pemain di England dan Jerman.

Namun, mereka yang pulang ke Itali perlu menjalani kuarantin selama dua minggu sebelum boleh menjalani sesi latihan dan bertemu rakan sepasukan mereka.

Pasukan Serie A dibenarkan menjalani latihan individu pada 4 Mei dan latihan secara berpasukan pada 18 Mei.

Tidak jelas bila setiap ujian Dybala dijalankan.

Namun seorang jurucakap Juventus memberitahu CNN: “Dybala masih positif dan setelah dia diuji negatif, hal itu akan maklumkan.”

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment