Connect with us

Arsenal

Penyerang legenda Mexico mengakui terima tawaran dari Arsenal.

Published

on

Piala Dunia membuatnya berpindah ke tempat lain, tolak tawaran Arsenal.

Legenda Mexico, Hugo Sánchez telah mendedahkan bahawa dia menerima tawaran dari Arsenal sebelum menyertai Atlético Madrid pada tahun 1981.

Sánchez adalah salah satu nama yang paling dikenali dalam bolasepak Sepanyol, yang telah membintangi Atlético dan kemudian Real Madrid dalam tempoh 11 tahun antara 1981 dan 1992.

Beliau pertama kali menyertai Atlético dari UNAM Pumas pada tahun 81, membuat 120 penampilan dan mencatat 58 gol untuk kelab itu sebelum menyertai Real empat tahun kemudian.

Advertisement
Hugo Sánchez ketika mewakili Atlético Madrid dari 1981–1985

Aksi beliau di Bernabeu membuatkan dirinya semakin terkenal dan menjadi bintang dengan menjaringkan 208 gol dalam 282 perlawanan.

Jumlah jaringan itu menjadikan beliau penjaring gol keenam tertinggi dalam sejarah Real Madrid.

Sumber Real Madrid

Masa beliau di kelab itu juga merupakan satu kejayaan yang sangat berjaya apabila dia memenangi enam gelaran liga La Liga, Supercopa de España tiga kali, Piala Copa del Rey dan Piala UEFA serta mencatatkan selaku penjaring terbanyak La Liga selama empat tahun berturut-turut dan menjadikannya sebanyak lima kali secara keseluruhannya.

MusimKelabJumlah JaringanJumlah Penampilan
1984–85Atlético Madrid1933
1985–86Real Madrid2222
1986–87Real Madrid3441
1987–88Real Madrid2936
1989–90Real Madrid3835

Sejarah, bagaimanapun mungkin menjadi berbeza, dengan beliau mendedahkan bahawa dia menerima tawaran dari Arsenal, tetapi memilih untuk berpindah ke Sepanyol.

“Pada masa itu saya perlu membuat keputusan antara Atlético Madrid atau Arsenal, dan saya memutuskan pada Atlético Madrid kerana itu akan menjadi Piala Dunia pada tahun berikutnya,” katanya kepada ESPN Radio Fórmula.

Piala Dunia edisi ke-12 diadakan di Sepanyol pada tahun 1982, bagaimanapun Mexico tidak layak (gagal melayakkan diri) pada kejohanan tersebut.

Advertisement
Laporan ESPN Radio Fórmula pada 11 April 2020.

Tentunya menarik untuk memikirkan adakah Sánchez akan menjadi begitu produktif di England sebagaimana beliau berada di Sepanyol, sekiranya dia memilih Arsenal untuk tahun ataupun era tersebut.

Bolasepak Inggeris lebih sukar jika daripada liga-liga Eropah lain, terutamanya pada zaman tersebut, melakukan terjahan dan hadangan ataupun cabaran keras serta kasar pada dasarnya adalah normal.

Hugo Sánchez memutuskan untuk memulakan kariernya di Eropah bersama Atlético Madrid walaupun mendapat tawaran dari Arsenal.

Sama ada Sánchez berkembang maju atau menjadi ‘huru-hara’ – ‘merumput’ dalam keadaan sedemikian hanya diketahui dalam beberapa sejarah alternatif di mana Arsenal juga berjaya menambah penyerang legenda lain dalam sejarah kelab (Arsenal).

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply