Connect with us

Arsenal

Penyerang menduduki peranan utama dalam penggantian Aubameyang.

Published

on

Arsenal juga berharap dan bergantung kepada perjanjian lain.

The Gunners sedang mempertimbangkan penyerang Real Madrid, Luka Jovic pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ini kerana sekiranya Pierre-Emerick Aubayemang meninggalkan kelab pada penghujung musim ini, sudah pengganti baru diperlukan.

Aubayemang memasuki tahun terakhir kontraknya di Emirates dan nampaknya tidak akan menandatangani perjanjian baharu bersama Arsenal.

Advertisement

Ini juga bermaksud The Gunners terpaksa menjualnya pada musim panas ini untuk mengelakkan kehilangannya secara percuma pada tahun depan.

Sekiranya Aubamenyang bertindak meninggalkan Emirates, sudah pasti dia akan meninggalkan ruang kosong yang cukup besar buat Mikel Arteta.

Dan menurut Sport, Jović adalah pemain yang telah dikenal pasti oleh Ketua Jurulatih Arsenal itu untuk mengisinya kekosongan tersebut.

Jovic dan Aubameyang

Akhbar itu menjelaskan bahawa Arsenal sedang ‘meninjau’ pasaran untuk mencari penyerang baharu dengan persediaan sekiranya Aubayemang keluar (meninggalkan Emirates).

Dan Jović telah dikenal pasti sebagai pemain yang ‘memegang peranan utama’ dalam senarai pendek Arteta.

Advertisement

Penyerang Serbia itu bergelut untuk beraksi di Real Madrid sejak melakukan perpindahan €60 juta dari Eintracht Frankfurt pada musim panas lalu, tetapi Arsenal percaya bahawa pemain itu masih boleh ‘memiliki karier’ ditempat lain, selain di Sepanyol.

Pada ketika ini, Madrid tidak berminat untuk menjual pemain berusia 22 tahun itu dan bersedia memberikannya peluang lain walaupun pemain tersebut bertungkus lumus berusaha menempatkan diri.

Namun, itu boleh berubah sekiranya mereka menandatangani ‘penguat utama’ di barisan hadapan mereka dengan Kylian Mbappé, Erling Haaland dan Sadio Mané, semuanya ‘sasaran keutamaan’ mereka untuk jendela perpindahan musim panas ini.

Sekiranya ada di antara mereka yang tiba di Bernabeu, keadaan Jović akan berubah dan itu dapat membuka pintu buat Arsenal untuk bergerak dan menawarkan jalan keluar kepada pemain tersebut.

Advertisement