Pepe Reina dedahkan saat paling sukar dalam hidupnya , mengalami simptom teruk virus corona

Pepe Reina

Pada awal bulan Mac, Pepe Reina mendakwa dirinya telah menderita jangkitan virus corona.

Reina mendedahkan bahawa dia bimbang akan nyawanya ekoran virus corona setelah berasa sukar untuk bernafas pada suatu ketika.

Dia melaporkan pada awal bulan lepas yang dia percaya dia telah dijangkiti virus tersebut selepas menunjukkan beberapa simptom.

Penjaga gol Aston Villa ini menceritakan kepada Corriere dello Sport mengenai pengalaman menakutkan COVID-19, bahawa dia sentiasa berada di dalam ketakutan.

“Baru sekarang saya memenangi pertarungan menentang virus corona,” katanya kepada penerbitan Itali itu.

“Saat paling sukar adalah saya tidak boleh lagi bernafas, 25 minit saya kehilangan oksigen.

“Ianya antara momen-momen paling teruk dalam hidup saya.

“Saya tidak berseorangan kerana ada saya, isteri saya Yolanda, lima kanak-kanak, dan dua mertua.

“Rumah saya besar dan kesunyian tidak ada di dalam kediaman saya.

“Saya berasa sungguh penat selepas mengalami simptom-simptom pertama virus itu.

“Demam, batuk kering, dan pening kepala tidak henti-henti, rasa penat yang berterusan.

“Rasa betul-betul takut apabila saya rasa seperti tiada lagi oksigen: ketakutan yang tiada penghujung, seperti kerongkong saya sudah ditutup.

“Oleh sebab itu saya menghabiskan enam ke lapan hari pertama di dalam rumah.

Pemain warganegara Sepanyol ini – yang berhijrah ke Villa Park dengan kontrak pinjaman dari AC Milan, berkata dia sudah mengambil langkah-langkah awal selepas dia mula rasa tidak sihat seminggu sebelum, walaupun belum menjalani ujian.

“Tiba giliran saya perlu mengharungi virus ini pada minggu lepas,” Reina beritahu stesen radio Sepanyol Cope.

“Minggu tersebut rasa sangat berlainan, mengambil langkah-langkah pencegahan untuk tidak menjangkiti mereka yang tinggal bersama dengan saya.

“Bercakap dengan para doktor mengenai simptom-simptom yang saya alami, tanpa pengesahan rasmi tetapi segalanya menunjukkan ke arah itu.”

Pepe Reina sudah membuat 7 penampilan bersama the Villa setakat ini.

Bekas penjaga gol Liverpool ini juga mengatakan ‘tidak penting’ untuk menamatkan musim ini, walaupun Premier League terdesak mencari jalan untuk menghabiskannya.

Krisis kesihatan global ini bermakna bolasepak tidak akan bersambung di negara ini sehingga paling awal 30 April, dan mungkin tarikh itu juga tidak dapat dipastikan untuk menyambung kembali musim ini.

Reina berkata: “Bolasepak perlu diketepikan.

“Saya tidak kisah sangat mengenainya. Kesejahteraan semua orang mengatasi segalanya.

“Saya akan menyokong untuk bermain apabila semua dalam keadaan terbaik, di mana semua orang selamat.

“Bolasepak tidak boleh menjadi keutamaan sekarang ini. Tidak penting untuk menghabiskan liga.

“Saya tahu dan sedar mengenai macam-macam kepentingan yang wujud disekeliling bolasepak terutama ekonomi.

“Tetapi sekarang yang penting adalah kesihatan semua.

“30 April adalah antara tarikh pilihan untuk menyambung semula liga, tetapi bagi saya ianya bukanlah tarikh yang sebenar dan saya rasa ianya akan lebih berpanjangan.

“Hanya masa akan menentukan semuanya.

“Apabila kita semua sihat dan selamat, barulah kita boleh mengambil tindakan dan menetapkan tarikh.

“Setakat ini, tiada gunanya untuk bercakap dan meramal pilihan untuk kembali.” jelas penjaga gol berusia 37 tahun ini.

Be the first to comment