‘Peranan tidak menentu’ di Arsenal meyakinkan Ceballos untuk meninggalkan Emirates.

Kelab lain bersedia untuk menandatanganinya.

Arsenal mengambil Dani Ceballos secara pinjaman tanpa apa-apa klausa tambahan dari Real Madrid musim panas lalu.

Hujung bulan lalu, pemain tengah itu memberitahu El Chiringuito di Sepanyol bahawa beliau tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depannya selepas kontrak pinjamannya berakhir bersama The Gunners.

Manakala Marca pula melaporkan juga pada bulan lalu bahawa pemain berusia 23 tahun itu mempunyai banyak pilihan, jika beliau memutuskan menukar kelab pada musim panas nanti.

BACA: Ceballos rindukan ‘nasi lemak’ dan ‘roti canai’

Walau bagaimanapun, mereka tidak menyatakan kelab mana yang berminat untuk membawanya musim depan.

Laporan Marca bulan lalu mengenai Ceballos.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menikmati permulaan yang baik untuk kempen kali ini di Emirates, tetapi kecederaan dan ditambah dengan pemecatan Unai Emery, menyebabkan pemain tersebut mempunyai peranan terhad bersama Arsenal.

BACA: Ceballos tunggu tawaran kelab Sepanyol.

Edisi Jumaat AS mendakwa bahawa Ceballos mempunyai ‘peranan yang tidak menentu’ di kelab utara London dan itu telah meyakinkan pemain tersebut untuk mencari kelab baharu yang mampu menawarkan kepadanya peluang untuk bermain secara tetap dan lebih kerap.

Laporan AS edisi Jumaat mengenai Ceballos.

Ini penting bagi pemain yang dimiliki Real Madrid, jika beliau mahu mengekalkan harapan untuk kejuaraan Eropah musim panas depan bersama La Roja.

Sebelum menyertai Real Madrid, Ceballos nyata berbisa bersama Real Betis dan kini AS mendakwa bekas kelabnya itu ‘bersedia untuk memberikan beliau minit yang dia perlukan’.

Dan mereka juga boleh cuba menandatangani Ceballos dengan perjanjian pinjaman pada musim panas nanti.

BACA : Arsenal ‘temui’ pengganti Ceballos.

Sebelum ini kami melaporkan dimana Real Madrid telah meletakkan harga sebanyak £36 juta kepada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

BACA: Real Madrid mahu £ 36 juta untuk Dani Ceballos.

Rekod penampilan bersama Arsenal musim ini.

Saingan 2019/20 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Premier League 14 2 911
Europa League 6 1 310
FA Cup 2 95
EFL Cup 2 37
JUMLAH 24 1 2 1,353
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment