Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Perlawanan bolasepak antarabangsa mungkin akan ditunda sehingga tahun 2021

Published

on

Perlawanan bolasepak antarabangsa mungkin tidak akan kembali sehingga 2021 kerana krisis global pandemik virus corona, kata Timbalan Presiden FIFA.

Victor Montagliani, yang juga Presiden CONCACAF, mengetuai kumpulan pekerja FIFA untuk mengendali implikasi virus ini terhadap kalendar bolasepak.

FIFA sudah pun menunda perlawanan-perlawanan antarabangsa yang sepatutnya berlangsung pada bulan Mac dan Jun, dan Montagliani berkata perlawana-perlawanan yang akan bermain pada bulan September, Oktober dan November kini akan menerima kesannya juga.

Advertisement
Victor Montagliani

Apabila ditanya oleh Associated Press samaada dia boleh melihat pasukan negara bermain pada 2020, dia menjawab: “Secara peribadi, saya fikir ianya agak mencabar, kerana isu kesihatan di seluruh dunia dan juga pelbagai tahap persediaan yang dilakukan, juga melakukan perjalanan antarabangsa sebaik sahaja kita kembali.

“Saya rasa keutamaan sekarang adalah bolasepak domestik. September masih mengikut jadual, tetapi saya boleh mengatakan saya tidak dapat memberikan kepastian yang mutlak mengikut apa yang sedang berlaku sekarang ini.”

Montagliani juga berkata dia rasa para peminat tidak akan dapat hadir ke perlawanan sebaik sahaja bolasepak domestik mula kembali: “Jika kita mendapat kebenaran untuk bermain perlawanan bolasepak, saya sangat sangsi perlawanan pertama akan dihadiri, disaksikan bersama para peminat.

“Saya tidak dapat membayangkannya.

“Saya rasa ia satu langkah yang sangat berisiko.

“Saya pasti ianya akan kembali secara berperingkat, sama seperti masyarakat lain yang cuba untuk kembali ke kehidupan normal.”

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply