Pierre-Emerick Aubameyang ‘bosan menunggu’.

Masa depan dan situasi penyerang The Gunners ‘akan berubah’.

Kontrak bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang akan berakhir pada Jun 2021 dan dia telah dikaitkan dengan Real Madrid, Barcelona, ​​Inter Milan dan beberapa kelab lain dalam beberapa bulan terkini.

Sport mempunyai maklumat terkini mengenai masa depan penyerang sensasi The Gunners itu dengan tajuk utama mereka ‘Auba bosan menunggu dan akan memperbaharui‘.

Pemain antarabangsa Gabon itu dilaporkan sedang meneliti tawaran yang diterimanya dari kelab-kelab terkemuka Eropah, termasuk dua gergasi La Liga, Manchester United dan Chelsea.

Segala-galanya menunjukkan bahawa pemain berusia 30 tahun itu akan meninggalkan The Gunners penghujung musim ini, tetapi laporan Sport itu menyatakan bahawa ‘keadaan akan berubah’.

Petunjuk terbaru datang dari profil Instagram ayahnya setelah Aubameyang Sr menyiarkan gambar anaknya (Aubameyang) menandatangani kontrak pertamanya bersama Arsenal, dengan kapsyen ‘Anda tahu apa yang harus anda lakukan bro’.

Status IG ayah Aubameyang/

Menurut Sport, mesej itu telah dianggap sebagai ‘kenyataan niat oleh keluarga Aubameyang’ untuk melihat Aubameyang melajutkan tempohnya di utara London.

Akhbar Catalan itu menambah bahawa Arsenal terbuka dengan idea menjual bekas pemain Borussia Dortmund itu untuk mengelakkan kes sama berulang seperti Aaron Ramsey, yang mana pemain Wales itu meninggalkan Emirates sebagai ejen bebas musim panas lalu.

Pilihan yang paling layak dan selesa ketika ini adalah untuk melihat Aubameyang terus bersama Arsenal dan menolak cadangan dia harus meninggalkan Emirates.

Walaupun mendapat tawaran dari kelab-kelab terkemuka Eropah, Sport menjelaskan pemain itu ‘akan membuat keputusan untuk terus kekal bersama Arsenal’.

Segmen lain dari Sport mengatakan bahawa keluarga Aubameyang tinggal berhampiran Barcelona dan keinginan bekas pemain Dortmund itu adalah untuk menyertai pasukan Sepanyol itu.

Namu sekarang, Auba dilihat sedang ‘mendekati pembaharuan kontraknya’ bersama Arsenal.

Sekiranya Aubameyang menandatangani kontrak lanjutan, itu akan menjadi satu tonik tambahan untuk Arsenal dan penyokong The Gunners setelah melihat Arteta sedang memperkukuhkan pasukan.

Petikan laporan Sport
About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment