PSG kemaruk trofi UCL.

Gergasi Perancis itu mahu teruskan aksi Liga Juara-Juara.

Paris Saint-Germain (PSG) sedia meneruskan saingan Liga Juara-Juara di luar negara jika mereka tidak dibenarkan beraksi di laman sendiri, kata presiden kelab itu, awal pagi tadi.

Nasser Al-Khelaifi mengumumkan perkara itu selepas Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe, berkata saingan bolasepak profesional tidak boleh disambung sebelum September depan.

Keputusan dibuat Perdana Menteri Perancis itu turut menyaksikan saingan Liga Perancis (Ligue 1) bagi musim 2019/2020 dibatalkan.

“Kami menghormati keputusan kerajaan Perancis.

“Dengan perjanjian bersama UEFA, kami merancang untuk meneruskan saingan Liga Juara-Juara pada bila-bila masa dan di mana saja ia dilangsungkan,” kata Al-Khelaifi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

“Jika tidak boleh bermain di Perancis, kami akan bermain perlawanan kami di luar negara.

“Kami akan menyediakan pasukan perubatan terbaik untuk menjaga kesihatan pemain dan kakitangan pasukan.”

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment