PSG tawar Di Maria dan Draxler kepada Man United

Paul Pogba

Angel di Maria ditawarkan kepada Manchester United sebagai pertukaran dengan Paul Pogba selepas Paris Saint Germain (PSG) dikatakan berminat dengan khidmat pemain tengah United itu.

PSG sanggup korbankan Di Maria dan Draxler untuk dapatkan Pogba dari United.

Menurut laporan Calciomercato, PSG bersedia menawarkan Di Maria kepada United dan seorang lagi pemain, Julian Draxler bagi meyakinkan United untuk melepaskan Pogba.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada rundingan itu akan turut membabitkan tambahan wang memandangkan United meletakkan nilai Pogba sekitar 150 juta pound.

Di Maria sebelum ini pernah beraksi bersama The Red Devils pada musim 2014/15 selepas melengkapkan perpindahan bernilai 59.7 juta pound dari Real Madrid.

Dia bermula baik apabila meledak tiga gol dalam lima perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) namun sumpahan ‘Nombor 7’ menyaksikan dia bergelut untuk mengekalkan prestasi cemerlang.

Di Maria menyalahkan Louis van Gaal atas masalah itu dan berkata: “Saya berada hanya setahun di sana.

“Ia bukanlah detik terbaik dalam karier saya dan mereka tidak membenarkan saya menikmati detik terbaik saya di sana.

“Jurulatih ketika itu juga bermasalah.

“Syukurlah saya menyertai PSG dan kembali seperti saya yang dahulu.”

Selepas menyertai PSG, dia meledak 81 gol dalam 217 perlawanan sepanjang lima musim di Ligue 1 dan memenangi tiga kejuaraan liga.

Namun dengan dia kini sudah berusia 32 tahun dan tidak suka berada di United, pertukaran ini mungkin sukar untuk direalisasikan.

Bagaimanapun, ketika United berminat mendapatkan Jack Grealish namun Draxler yang memenangi banyak kejuaraan dan pengalaman antarabangsa yang luas termasuk memenangi Piala Dunia 2014 mungkin boleh menjadi satu lagi pilihan buat pasukan itu.

United berminat dapatkan Jack Grealish.
About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment