Ranking 15 pemain bolasepak terkenal beraksi di MLS.

Kedudukan pemain bolasepak terkenal di dunia yang pernah bermain di Major League Soccer (MLS).

MLS bukanlah liga bolasepak paling berjaya mahupun terkenal di dunia, tetapi beberapa pemain paling terkenal di dunia telah singgah bermain di liga tertinggi Amerika Syarikat ini.

Berikut adalah pemain bolasepak paling terkenal yang pernah bermain di MLS.

1. David Beckham – LA Galaxy

Negara: England

Karier antarabangsa: Kapten England sebanyak 59 kali; satu-satunya pemain Inggeris yang menjaringkan gol dalam tiga Piala Dunia.

Pemain kelima dalam sejarah Piala Dunia menjaringkan dua gol dari sepakan percuma, 17 jumlah gol.

Karier Eropah: 77 gol, lapan gelaran liga, dua gelaran Piala FA, satu gelaran Liga Juara-Juara.

Karier MLS (LA Galaxy 2007-12): 98 gol, dua gelaran Piala MLS berturut-turut.

Pencapaian Istimewa: Naib juara Ballón d’Or dua kali, naib juara Pemain Terbaik FIFA dua kali, Pemain Hall of Fame Bolasepak Inggeris 2008.

2. Thierry Henry – New York Red Bulls

Negara: Perancis

Karier antarabangsa: juara Piala Dunia 1998. Penjaring gol utama Perancis sepanjang zaman (51 gol).

Juara UEFA Euro 2000 dan FIFA Conferations Cup 2003.

Karier Eropah: Penjaring gol utama Arsenal sepanjang zaman (228 dalam semua pertandingan).

Pemenang liga empat kali — dua kali bersama Arsenal, dua kali bersama Barcelona.

Pemenang Piala FA dua kali dan sekali menjuarai Liga Juara-Juara.

Karier MLS (New York Red Bulls 2010-2014): 51 gol selama lima musim untuk Red Bulls. Perisai Penyokong 2013 (2013 Supporters’ Shield).

Pencapaian Istimewa: Ahli skuad ‘Invincibles’ Arsenal 2003-04 yang tidak terkalah.

Ahli skuad Barcelona yang menjuarai treble 2008-09 (Copa del Rey, Primera Division dan Liga Juara-Juara).

3. Wayne Rooney, DC United

Negara: England

Karier antarabangsa: Penjaring gol termuda untuk England yang pernah ada.

Penjaring gol terbanyak England sepanjang masa, pemain kedua terbanyak mewakili England.

Karier Eropah: 253 gol dalam semua pertandingan untuk Manchester United merupakan rekod kelab, sementara 183 golnya untuk Man United di Liga Perdana adalah rekod liga untuk jaringan oleh seorang pemain untuk satu pasukan.

Beliau memenangi 16 trofi bersama Manchester United, termasuk lima gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan gelaran Liga Juara-Juara.

Kerjaya MLS (DC United 2018-2019): 25 gol dijaringkan beliau dalam 52 penampilan dua musim.

Pencapaian Istimewa: Salah seorang daripada dua pemain Inggeris yang memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Liga Juara-Juara, Piala Liga, Liga Europa dan Piala Kelab Dunia FIFA.

4. Zlatan Ibrahimovic – LA Galaxy

Negara: Sweden

Karier antarabangsa: 116 caps untuk Sweden. Penjaring gol terbanyak Sweden sepanjang masa (62 gol).

Karier Eropah: 268 gol selama 14 musim untuk enam kelab.

Sepuluh gelaran liga dengan lima kelab berbeza dalam tiga liga berbeza, termasuk lima kali secara berturut-turut (2007-11) dan empat kali berturut-turut (2013-16).

Karier MLS (LA Galaxy 2018-2019): Tujuh gol dan tiga assist dalam 11 perlawanan pertama.

Merekodkan 53 gol dalam 58 penampilan sepanjang dua musim di MLS.

Pencapaian Istimewa: Pemain Terbaik Sweden 14 kali dengan 13 kali dimenangi secara berturut-turut (2007-2019).

Anugerah FIFA Puskas 2013 untuk Jaringan Terbaik Tahun 2013 bagi jaringan sepakan gunting ketika menentang England.

5. Kaka, Orlando City

Negara: Brazil

Karier antarabangsa: Ahli pasukan yang memenangi Piala Dunia 2002, Brazil dan juara FIFA Confederations Cup 2005 dan 2009.

Karier Eropah: Pemenang Serie A dan La Liga, pemenang Liga Juara-Juara UEFA.

Karier MLS (Orlando City 2014-2017): Pemain pertama Orlando City – dibawah peraturan Designated Player.

Dalam tiga musim bersama Orlando City, beliau telah menjaringkan 25 gol dan 21 bantuan gol sepanjang 78 penampilan.

Pencapaian Istimewa: dua kali Pemain Tahunan Terbaik Serie A.

Pemain Terbaik UEFA 2005.

Pemain Terbaik Dunia FIFA 2007, pemenang Ballon d’Or, Pemain Bolasepak Terbaik UEFA Club dan Pemain Terbaik Dunia IFFHS.

Salah seorang daripada lapan pemain yang pernah memenangi Piala Dunia, Liga Juara-Juara dan Ballon d’Or.

6. Didier Drogba – Montreal Impact

Negara: Ivory Coast

Karier antarabangsa: 65 gol dalam 104 penampilan untuk Ivory Coast menjadikannya penjaring gol terbanyak sepanjang masa untuk negara itu.

Memimpin Ivory Coast ke penampilan pertama Piala Dunia mereka pada tahun 2006; menjaringkan gol pertama mereka.

Karier Eropah: 104 gol untuk Chelsea.

Pemain luar (foreing player) yang menjaringkan paling banyak untuk Chelsea.

Karier MLS (Montreal Impact 2015-2016): 21 gol dalam dua musim untuk Montreal Impact dengan 41 penampilan.

Pencapaian Istimewa: Pemenang empat kali Liga Perdana dan Piala FA bersama Chelsea.

Pemain Afrika pertama yang menjaringkan 100 gol Liga Perdana.

Pemain Terbaik Afrika dua kali (2006 dan 2009), Pemain Terbaik Ligue 1 2003/04.

7. Andrea Pirlo – New York City FC

Negara: Itali

Karier antarabangsa: 116 caps dalam 14 musim. Pemenang pingat gangsa Olimpik, juara Piala Dunia 2006.

Karier Eropah: 55 gol dengan lima kelab.

Enam gelaran Serie A, termasuk lima kali berturut-turut antara 2011 dan 2015.

Dua gelaran Liga Juara-Juara, lima gelaran domestik Itali, satu gelaran FIFA Club World Cup.

Karier MLS (NYCFC 2015-17): 60 penampilan dalam tiga musim dengan satu gol dijaringkan.

Memimpin kelab ke playoff pada musim kedua dan ketiga (MLS Cup Playoffs).

Pencapaian Istimewa: Pemain Terbaik Piala Dunia 2006. Pemain Bolasepak Terbaik Serie A untuk tahun 2012, 2013 dan 2014.

8. David Villa – New York City FC

Negara: Sepanyol

Karier antarabangsa: Penjaring gol terbanyak Sepanyol sepanjang masa (59) dan penjaring gol Piala Dunia terbanyak Speanyol (9).

Pemain Sepanyol pertama yang berjaya mencapai 50 gol antarabangsa.

Juara UEFA Euro (2008) dan juara Piala Dunia FIFA (2010).

Karier Eropah: Tiga gelaran La Liga dengan dua kelab. Dalam kariernya selama 13 tahun, dia menjaringkan 223 gol dengan lima kelab.

Dua gelaran Liga Juara-Juara.

Karier MLS (NYCFC 2015-2018): Pemain pertama untuk NYCFC – dibawah peraturan Designated Player.

Dalam empat musim di NYCFC, dia menjaringkan 80 gol sepanjang 126 penampilan.

Pencapaian Istimewa: Penjaring terbanyak di Euro 2008, Silver Boot Piala Dunia 2010.

9. Bastian Schweinsteiger – Chicago Fire

Negara: Jerman

Karier antarabangsa: juara Piala Dunia 2014. 24 gol dalam 121 caps.

Karier Eropah: Lapan kali juara Bundesliga dan tujuh gelaran Piala Jerman dalam 17 musim bersama Bayern Munich.

Pemenang Liga Juara-Juara 2013.

Karier MLS (Chicago Fire 2017-2019): Tiga gol dan dua bantuan dalam musim pertama bersama Chicago Fire.

Menjaringkan lapan gol dalam 92 penampilan.

Pencapaian Istimewa: Pemain Bolasepak Terbaik Jerman 2013. Kapten pasukan kebangsaan Jerman dari 2014-2016.

10. Carlos Valderrama – Empat pasukan MLS diwakili.

Negara: Columbia

Karier antarabangsa: Pemain terbanyak dalam sejarah Colombia yang mewakili pasukan kebangsaan negara tersebut.

Bermain di tiga Piala Dunia dan lima kejohanan Copa América.

Karier Eropah: Memenangi Piala Perancis pada tahun 1990 bersama Montpellier.

Karier MLS:

  • Tampa Bay Mutiny 1996-97, 1999-2000;
  • Miami Fusion 1998;
  • Colorado Rapids 2001-2002: Salah seorang superstar pertama liga.

Memenangi Perisai Penyokong (Supporters’ Shield) bersama Tampa Bay Mutiny pada tahun 1996.

Pencapaian Istimewa: 1995-96 MLS MVP.

11. Frank Lampard – New York City FC

Negara: England

Karier antarabangsa: Pada tahun 2013, dia menjadi pemain kelapan untuk bermain dalam 100 atau lebih perlawanan untuk England.

Karier Eropah: Tiga kejuaraan liga, satu Liga Juara-Juara, satu Liga Europa dan empat gelaran Piala FA bersama Chelsea.

176 gol dan 105 bantuan gol dalam lebih 20 musim bersama tiga kelab di England.

Pemain Terbaik FWA 2005.

Karier MLS (NYCFC 2015-2016): 15 gol dan tiga bantuan sepanjang dua musim bersama NYCFC dengan 31 penampilan.

Pencapaian Istimewa: Pemain Terbaik Chelsea sebanyak tiga kali.

Penjaring gol terbanyak Chelsea sepanjang masa dengan 211 gol dalam semua pertandingan.

Keempat dalam senarai bantuan gol sepanjang masa Liga Perdana.

12. Ashley Cole – LA Galaxy

Negara: England

Karier antarabangsa: Bermain dalam tiga Piala Dunia untuk England.

107 penampilannya adalah yang paling menarik untuk pemain pertahanan Inggeris.

Karier Eropah: Dua gelaran Liga Perdana dalam tujuh musim sebagai pemain pertahanan untuk Arsenal.

Satu kejuaraan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara dalam lapan musim untuk Chelsea.

Kerjaya MLS (LA Galaxy 2016-2018): Tiga musim beraksi untuk LA Galaxy dengan tiga gol dalam 94 penampilan.

Pencapaian Istimewa: Salah seorang daripada dua pemain untuk memenangi Double Inggeris (Liga Perdana dan Piala FA) dengan dua kelab.

Memenangi Piala FA sebanyak tujuh kali, lebih banyak daripada mana-mana pemai.

Anggota pasukan ‘The Invincibles’ Arsenal 2003-04 yang tidak terkalah.

13. Freddie Ljungberg – Seattle dan Chicago

Negara: Sweden

Karier antarabangsa: 14 gol dalam 75 penampilan antarabangsa untuk Sweden, menjaringkan satu-satunya gol dalam kemenangan peringkat kumpulan Piala Dunia 2006 Sweden ke atas Paraguay.

Karier Eropah: 46 gol dalam 216 penampilan untuk Arsenal antara 1998 dan 2007.

Karier MLS

  • Seattle Sounders : 2009-10, – 40 penampilan dengan dua gol dijaringkan.
  • Chicago Fire : 2010 – membuat 15 penampilan dengan menjaringkan dua gol.

Pencapaian Istimewa: Merupakan pemain pertama yang menjaringkan gol Akhir Piala FA di luar England, melakukannya dalam kekalahan Arsenal pada tahun 2001 kepada Liverpool di Cardiff, Wales.

Menjadi pemain pertama dalam 40 tahun yang menjaringkan gol di Final Piala FA berturut-turut, melakukannya pada tahun 2001 menentang Liverpool dan 2002 melawan Chelsea.

14. Philippe Senderos – Houston Dynamo

Negara: Switzerland

Karier antarabangsa: Bermain dalam tiga Piala Dunia dan UEFA Euro 2008.

Karier Eropah: Menghabiskan empat musim bersama Arsenal antara 2004-08.

Juga bermain untuk Milan, Everton, Fulham, Aston Villa dan Valencia.

Karier MLS (Houston Dynamo 2017- 2018): Bermain setengah musim dengan Houston Dynamo pada musim pertamanya dan membantu mereka ke Final Western Conference.

Membuat 19 penampilan dengna dua gol dijaringkan bagi tempoh dua musim dalam MLS.

Pencapaian Istimewa: Memenangi Piala FA 2005 bersama Arsenal. Memenangi Kejohanan U-17 Eropah UEFA 2002.

15. Sebastian Giovinco – Toronto FC

Negara: Itali

Karier antarabangsa: Muncul sebagai pemain gantian Itali dalam skuad naib juara Euro 2012.

Anggota pasukan Piala Konfederasi Itali 2013 yang menduduki tempat ketiga.

Karier Eropah: Menjaringkan 20 gol dalam 132 penampilan untuk Juventus.

Mewakili Parma ketika dipinjamkan dari Juventus (2010–2012), menjaringkan 22 gol dalam 66 penampilan.

Karier MLS: Toronto FC, 2015 – 2018: Telah menjaringkan 83 gol dalam 142 penampilan untuk Toronto FC.

Pencapaian Istimewa: Pemenang MLS All-Star Tiga Kali, 2015 MLS MVP dan MLS Golden Boot.

About MyGooners 887 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment