Real Madrid sedia bayar £53 juta untuk beli Eduardo Camavinga.

Rennes
Eduardo Camavinga

Rennes telah meletakkan tanda harga £53 juta ke atas Eduardo Camavinga andai Real Madrid mahu membelinya.

Menurut berita Mundo Deportivo, pengurus Real Madrid Zinedine Zidane sudah sedia tahu potensi Camavinga kerana dia mempunyai ramai kenalan bolasepak di Perancis.

Aksi menakjubkan Camavinga semasa kempen 2019-20 telah menggariskan tahap potensi yang dimilikinya.

Camavinga telah membuat 33 penampilan untuk kelab Ligue 1 itu, menjaringkan satu gol sebelum musim bolasepak terhenti seketika kerana wabak virus corona.

Dia juga sudah membuat penampilan pertama untuk skuad bawah 21 tahun Perancis.

Apabila ditanyakan mengenai harga permintaan tersebut, Zidane berharap rakan setugasnya di Rennes, Julien Stephan, akan memberi sedikit kelonggaran dalam pendiriannya dalam urusan perpindahan ini.

Pengurus Rennes itu tegas dan berdegil mengatakan pemain remaja ini seharusnya bermain satu lagi musim di Perancis sebelum meninggalkan untuk sertai kelab yang lebih besar seperti Real.

“Saya sentiasa memberikannya nasihat untuk kekal di Rennes selama satu musim lagi kerana ianya adalah kelab latihannya,” kata Stephan ketika sesi temubual dengan penerbitan Sepanyol AS pada hari Rabu.

“Selepas satu musim yang bagus, lonjakan kualiti sememangnya pasti dan ianya memudahkan dirinya untuk melakukannya di sini.

“Saya rasa dia perlu melalui satu atau dua tahap lagi sebelum berpindah ke kelab lebih besar.

“Terdapat perbezaan antara dapat bermain di peringkat tertinggi di kelab latihan anda dengan dapat bermain hampir 60 perlawanan setiap kempen selang tiga hari di sebuah kelab gergasi.

“Sudah ada perbezaan yang besar, tetapi dia memerlukan beberapa langkah lagi untuk menyesuaikan diri di kelab teratas.

“Mengikuti setiap kemajuannya, dia mempunyai potensi dan semua kualiti yang diperlukan untuk berjaya di kelab besar suatu hari nanti.”

Be the first to comment