Roma alih sasaran kepada pertahanan The Gunners.

Nilai perpindahan dianggarkan sekitar € 10 juta dan mengenali liga dengan baik.

Membawa masuk William Saliba dan dikatakan berminat untuk membawa masuk Axel Disasi, Arsenal dilihat bagaikan mahu melakukan rombakan besar-besaran pada barisan pertahanan dalam meningkatkan lagi kualiti setelah bertahun-tahun lamanya dibelengu masalah pada posisi tersebut.

Dan usaha tersebut juga dilihat sebagai langkah dan persediaan untuk jangka masa panjang apabila membawa masuk pemain-pemain muda.

BACA: Arsenal dalam ‘kontak rapat’ untuk menandatangani Disasi pada musim panas.

The Gunners agak aktif sejak akhir-akhir ini pada bahagian pertahanan tengah, berusaha mencari keseimbangan dan gandingan yang tepat tanpa pernah berjaya menguruskannya.

Walau bagaimanapun, kemasukan darah muda bermaksud ‘orang tua’ harus memberi ruang kepada pemain-pemain tersebut dan itu mungkin termasuk Sokratis Papastathopoulos.

Sokratis Papastathopoulos

Pemain antarabangsa Greece itu tiba dari Borussia Dortmund pada tahun 2018 dengan bayaran kurang dari £ 15 juta dan ketika beliau dimainkan secara tetap, dia sama sekali tidak melibatkan atau menyebabkan perubahan yang lengkap atau dramatik kepada pasukan.

Kontraknya akan berakhir pada bulan Jun 2021, tetapi pada usia 31 tahun, beliau adalah calon utama yang akan dijual pada musim panas ini untuk memberi ruang kepada Saliba.

Di situlah AS Roma muncul dan menurut Gazzetta dello Sport, Roma masih meneruskan pencarian bek tengah baharu sekiranya mereka gagal meyakinkan pemain pinjaman Manchester United, Chris Smalling untuk terus kekal bersama mereka.

Smalling dipinjamkan ke Roma dari Manchester United dan kontrak pinjamannya akan berakhir pada hujung musim ini.

Pihak Roma telah dikaitkan dengan beberapa nama seperti Dejan Lovren dan Jan Vertonghen sebagai pilihan, tetapi Sokratis mula muncul dalam senarai mereka.

Mungkin kelebihan yang ada pada Sokratis menjadi daya tarikan kelab Itali itu.

Pertama, Sokratis tahu dan mengenali liga Itali dengan baik, pernah bermain bersama Genoa dan Milan pada masa lalu.

Rekod mewakili kelab oleh Sokratis.

Tahun Kelab
Penampilan
Jaringan
2005–2008 AEK Athens 42 1
2006 → Niki Volou (dipinjamkan) 11 0
2008–2010 Genoa 51 2
2010–2012 Milan 5 0
2011–2012 → Werder Bremen (dipinjamkan) 30 1
2012–2013 Werder Bremen 29 1
2013–2018 Borussia Dortmund 130 7
2018– Arsenal 44 3

Kedua, beliau tidak akan menjadi terlalu mahal, kerana Gazzetta menjelaskan dia dan Lovren akan menelan belanja sekitar € 10 juta setiap seorang, yang mana ia sangat sesuai dengan parameter kewangan Roma.

Dengan hanya tinggal satu tahun lagi kontraknya bersama Arsenal, itu juga menjadi perkara yang agak memeningkan The Gunners sama ada memperbaharui kontrak beliau atau dijual saja demi dana dan ruang kepada pemain baru.

Dan jika jalan terakhir yang dipilih, kita sekarang dapat mengagak bahawa pihak Paulo Fonseca menjadi antara mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat Sokratis musim depan.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment