Ronaldinho pertahankan dirinya tidak bersalah mengenai kesnya di Paraguay

Ronaldinho

Bekas pemain bintang Brazil, Ronaldinho mengekalkan kenyataan dirinya tidak bersalah selepas ditangkap memasuki Paraguay menggunakan pasport palsu.

Dia kini dalam tahanan dalam rumah selepas ditangkap bersama abangnya oleh pihak berkuasa kerana memiliki dan menggunakan dokumen palsu.

Kesnya masih dalam penyiasatan, dan sementara itu dia ditempatkan (tahanan dalam rumah) di Hotel Palmaroga di Asuncion, selepas dipenjarakan selama 32 hari.

Ronaldinho ditahan di Paraguay pada 6 Mac lalu

Dan apabila bercakap dengan siaran televisyen kebangsaan ABC Color, bekas bintang Barcelona ini mendedahkan dirinya terkejut dengan situasi yang dialaminya.

“Kami sangat terkejut apabila mengetahui dokumen-dokumen itu tidak sah,” katanya.

“Sejak itu kami hanya mahu bekerjasama dengan sistem keadilan untuk memperbetulkan fakta-fakta.

“Sejak dari saat itu sehingga ke hari ni, kami telah menjelaskan segalanya dan permudahkan segala yang diminta daripada kami.

“Ianya satu tamparan yang hebat, saya tidak pernah membayangkan saya akan mengalami situasi seperti ini.

“Sepanjang hidup saya, saya telah berusaha untuk mencapat tahap profesional tertinggi, dan memberikan kegembiraan kepada orang ramai dengan bolasepak saya.”

Saat gemilang Ronaldinho menjulang Piala Dunia 2002 bersama Brazil

Be the first to comment