Saliba mampu pergi jauh, miliki sikap yang sempurna.

William Saliba

Bekas jurulatih turut teruja dengan perpindahan Saliba ke Arsenal.

William Saliba akan tiba di Arsenal pada musim panas ini walaupun situasi sekarang tidaklah begitu baik.

Walaupun terdapat kemungkinan dimana tarikh tersebut akan ditangguhkan jika saingan bolasepak musim ini termasuklah di seluruh Eropah akan teruskan melangkaui tarikh asal, namun Saliba lambat laun tetap akan menyertai The Gunners juga akhirnya.

Arsenal bersetuju dengan perjanjian perpindahan bersama Saint-Etienne musim panas lalu mengenai Saliba walaupun mendapat persaingan sengit daripada pasukan lain yang turut berminat menandatangani pertahanan muda itu.

Salah satu alasan mengapa Arsenal berjaya memenangi persaingan ini adalah kerana mereka membenarkan Saliba untuk meneruskan aksinya bersama Saint-Etienne musim ini.

Itu bukan sahaja memberi manfaat kepada Saint-Etienne, malah kepada pemain itu sendiri dan Arsenal yang akan menjadi rumah barunya.

Dengan Saliba jauh dari tekanan bolasepak Inggeris dan percubaannya di Arsenal semasa kempen ini, pemain berusia 19 tahun itu mampu maju dan berkembang dengan lebih jauh lagi.

Malangnya, dia terlepas beberapa aksi musim ini kerana kecederaan otot dan kecederaan lain, tetapi berada dalam kecergasan terbaik sebelum aksi liga digantung untuk sementara waktu.

Fabio Frasconi, yang melatih Saliba di peringkat U12 dan U13 bersama Bondy, telah bercakap kepada laman web rasmi Saint-Etienne, dan menjelaskan betapa dia memandang tinggi terhadap pemain itu: “William akan pergi jauh, sangat jauh.

“Dia mengingatkan saya tentang Raphaël Varane. Sebagai seorang pemain muda, dia sudah berada di atas, secara teknikal, selesa dengan bola.

“Saya telah meletakkannya di kedudukan penyerang tengah. Kemudian menukarnya pada pertahanan tengah, namun itu tidak bermakna ia akan menghalang kemajuannya, pada pendapat saya, untuk maju.

“Saya berasa bangga apabila saya melihat dia bermain di peringkat ini, dengan ketenangan ini, kematangan, ketepatan jangkaan.”

Sikap yang ada pada Saliba jelas berjaya memikat Frasconi dan membuatkan jurulatih itu mengaguminya apabila berkata: “Saya tidak pernah melihat seorang pemain muda mempunyai keinginan untuk berjaya sepertinya.

“Dia mahukan, sejak diusia kanak-kanak, untuk menjadi pemain bolasepak profesional, yang sudah membenci kekalahan, melampaui dirinya.

“Apabila lawannya begitu hebat, dia tahu bagaimana untuk memberi yang terbaik dari dirinya, menunjukkan contoh kebaikan kepada pasukan.

“Berapa kali dia menukar arah perlawanan!

“Antara kami, lebih-lebih lagi, ia jauh melebihi hubungan antara pemain dan jurulatih.

“Hubungan sebenar dengan kepercayaan telah diwujudkan, saya membuatnya memahami bahawa pendidikan adalah penting, ia perlu berstruktur, untuk memberi perhatian kepada dietnya jika dia mahu pergi lebih jauh.”

Ia berhasil dengan baik dan Arsenal sudah tentu berharap bahawa mereka akan mendapat manfaat segera daripada apa yang telah dipelajari Saliba di Saint-Etienne.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment