“Saya membuat keputusan untuk menyertai Arsenal dengan hati yang berat” – Santos

Andre Santos

Pemain Brazil bercakap mengenai perpindahan beliau ketika menyertai The Gunners.

Andre Santos telah memberikan temuramah panjang kepada akhbar Turki, Haberturk dan bercakap mengenai masanya bersama Arsenal.

Pemain pertahanan kiri Brazil itu adalah tokoh popular dikalangan penyokong dan peminat Fenerbahce, ekoran aksi cemerlang beliau bersama Yellow Canaries diantara tahun 2009 dan 2011.

Santos meninggalkan Fenerbahce untuk menyertai Arsenal dengan nilai perpindahan mencecah € 7 juta selepas kelab Turki itu dituduh terlibat mengatur perlawanan pada 2011.

Bercakap mengenai masa beliau di Emirates, Santos berkata beliau menerima panggilan telefon dari Arsene Wenger meyakinkannya untuk berpindah ke Arsenal: “Saya selalu bermimpi bermain di Liga Juara-Juara.

“Kesempatan itu datang kepadaku apabila saya berada di Fenerbahce, tetapi selepas apa yang berlaku, tempat kami dalam pertandingan itu berada dalam bahaya.

“Sementara itu, Arsene Wenger memanggil saya dan berkata dia telah mengikuti saya sejak zaman saya di Corinthians dan pasukan kebangsaan.

“Selepas itu, saya telah membuat keputusan dan memutuskan untuk menyertai Arsenal dengan hati yang berat.

“Saya fikir ini akan menjadi pengalaman yang sempurna untuk saya, bermain dalam liga terbesar dalam bolasepak dan salah satu pasukan terbaik di England, sesuatu yang jarang untuk pemain bolasepak.

“Jadi saya memutuskan untuk mengambil peluang itu.”

Pertahanan kiri Brazil itu mempunyai musim sulung yang mantap bersama Arsenal, membuat 21 penampilan dalam semua pertandingan dan menjaringkan tiga gol.

Bagaimanapun, setelah membuat hanya 12 penampilan dalam kempen berikutnya, Arsenal memutuskan untuk memindahkan Santos dan pemain itu menyertai Gremio pada 2013.

Rekod mewakili kelab dan penampilan.

Tahun
Pasukan
Penampilan
2004–2007 Figueirense 61
2005–2006 → Flamengo (dipinjamkan) 22
2006 → Atlético Mineiro (dipinjamkan) 15
2008–2009 Corinthians 39
2009–2011 Fenerbahçe 55
2011–2013 Arsenal 25
2013 → Grêmio (dipinjamkan) 5
2013–2014 Flamengo 28
2014 FC Goa 12
2015 Botafogo (SP) 7
2015–2016 FC Wil 25
2016–2018 Boluspor 38
2018 Figueirense 7

Santos turut menjelaskan dimana kecederaan yang dihadapinya telah menghalang kemajuannya di Arsenal dan ketibaan Nacho Monreal bermakna berakhirlah kariernya di London.

“Musim pertama saya berjalan lancar, saya bermain dalam banyak perlawanan.

“Tetapi pada musim kedua saya, saya menerima nasib malang dengan kecederaan.

“Saya tidak pernah mengalami banyak kecederaan bersama pasukan saya yang lain.

“Saya mempunyai tiga kecederaan yang menyebabkan saya tidak dapat beraksi untuk tempoh yang lama.

“Selepas itu, kelab itu memutuskan untuk menandatangani Nacho Monreal.

“Saya mahu kembali ke Fenerbahce tetapi Arsene Wenger enggan membenarkan saya bergabung semula dengan mereka.”

Santos bersara pada tahun 2018 selepas tempoh singkatnya di negaranya bersama Figueirense FC.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment