“Saya rasa Aubameyang dan Lacazette akan pergi” – Kevin Campbell

Bekas pemain The Gunner, Kevin Campbell jelaskan mengapa dia percaya kedua-dua penyerang itu mungkin meninggalkan Arsenal pada musim panas.

“Saya tidak fikir Arsenal berada dalam kedudukan untuk mengekalkan [Aubameyang],” kata Kevin Campbell kepada AFTV.

“Saya tidak dapat melihat kita dapat menawarkan kepadanya apa-apa seperti yang kita fikir kita mampu.

“Kita tidak berada dalam kedudukan yang baik dan saya fikir dia adalah salah satu aset yang boleh kita dapatkan keuntungan (menjualnya) kerana terdapat posisi lain yang perlu kita berikan keutamaan.

“Saya tidak fikir ia adalah [kelab atau Aubameyang] yang cuba menimbulkan kesulitan, saya fikir ia adalah masa,

“Masa yang tidak sesuai untuk Arsenal.

“Lebih-lebih lagi dengan pengurus baharu, dengan Mikel Arteta… Arteta masuk dan dia perlu berfikir sendiri, dia perlu belajar bekerja.

“Dia melakukan beberapa perkara dengan baik dan jelas ada perkara yang perlu ditangani.

“Tetapi ini mungkin merupakan cabaran terbesar buat Mikel Arteta sekarang dalam tempoh sebagai pengurus Arsenal dan saya tidak fikir dia akan dapat mengekalkan Aubameyang.

“Anda tahu apa yang saya rasa, Aubameyang dan Lacazette akan pergi.

“Saya fikir kedua-duanya akan pergi, saya bercakap jujur dan saya mengatakannya seperti apa yang saya jangkakan.

“Aubameyang, mereka boleh mendapatkan sesuatu darinya, saya rasa Lacazette, cara Arteta mahu bermain, tidak sesuai dengan sistem.

“Jadi saya fikir akan ada banyak perubahan. ”

Situasi kontrak Aubameang menjadi sesuatu yang mencabar untuk kelab, dalam menyelesaikan dengan baik.

Aubameang adalah salah seorang penyerang terbaik di Eropah dan selain daripada tuntutan gaji, beliau juga mahu berjuang untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi, beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.

Dengan pasukan sedang dibina semula dan wabak coronavirus juga memberi kesan pada keadaan kewangan kelab, pihak pengurusan Arsenal mungkin terpaksa menjual penyerang berbisa yang produktif walaupun Arteta secara terbuka menggesa kelab untuk melakukan segala yang mungkin untuk mengekalkannya.

Keadaan Lacazette pula adalah berbeza.

Kontrak pemain Perancis itu hanya akan berakhir pada 2022.

Meskipun prestasi pemain berusia 28 tahun itu agak menurun dalam beberapa bulan terakhir, tetapi Laca memiliki pengalaman selama 2.5 tahun dalam Liga Perdana Inggeris dan memasuki tahun-tahun kemuncaknya.

Adakah kelab akan menjual kedua-dua pemain itu?

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment