“Saya sangat takut” – pemain WFC Arsenal bercakap tentang perjuangan 10 hari dengan disyaki Covid-19.

Pauline Peyraud Magnin

Pemain skuad wanita Arsenal mendedahkan kisah beliau bertarung selama 10 hari menentang Covid-19.

Salah seorang daripada beberapa pemain bolasepak profesional yang telah menunjukkan tanda-tanda untuk virus Covid-19, Pauline Peyraud-Magnin dari skuad wanita Arsenal (WFC) kini pulih setelah menjalani kuarantin di rumah, berjuang menentang penyakit yang paling digeruni ketika ini.

Masih menjalani kuarantin, penjaga gol itu mengambil peluang untuk bercakap dengan Le Parisien pada hari Selasa, menyebarkan lebih banyak kesedaran mengenai mengenai hal itu.

Walaupun beliau tidak pernah diuji secara positif untuk Covid-19, semua tanda menunjukkan dirinya sebagai salah seorang daripada ribuan yang telah dijangkiti.

Menjelaskan dimana beliau telah bercakap dengan doktor melalui telefon yang mengatakan dia telah ‘menandakan semua kotak’ simptom-simptom Covid-19, pemainWanita Arsenal itu mendedahkannya berlangsung (berterusan) selama 10 hari.

Beliau meneruskan: “Mesej utama saya adalah untuk orang menyedari ia sangat serius dan mereka perlu tinggal di rumah, berhati-hati, untuk melindungi diri mereka sendiri.

“Itulah sebabnya saya bercakap tentang hari-hari saya sakit “.

Ditanya bagaimana perasaannya semasa dia meneruskannya, dia menambah: “Saya sangat takut. Saya jauh dari keluarga saya.

“Arsenal membawa saya ubat (paracetamol) dan makanan supaya saya tidak perlu meninggalkan rumah saya.

“Saya bimbang bahawa gejala-gejala akan menjadi lebih buruk dan saya perlu pergi menjalani rawatan khas di hospital dengan sistem perubatan yang saya tidak tahu.

“Semuanya mengenai virus ini menakutkan. Ayah saya adalah seorang bomba, ibu saya seorang jururawat.

“Mereka memberitahu saya apa yang berlaku di Perancis.

“Saya mempunyai kawan yang bekerja di sebuah pasar raya, seorang lagi sebagai pemandu trak yang memberitahu saya dia tidak dapat mandi selama seminggu ketika dia melintasi Perancis menggunakan lorinya “.

Pauline Peyraud-Magnin, 28 tahun menyertai Arsenal Wanita pada Julai 2018.

Sekarang beliau tidak lagi menunjukkan gejala ataupun simptom-simptom Covid-19 dan Peyraud-Magnin menjelaskan bahawa Arsenal sentiasa berhubung setiap hari dengannya, dengan setiap pemain diberi jadual latihan tertentu.

Walaupun beliau belum memulakannya lagi kerana baru sahaja pulih dan perlu mendapatkan tenaganya kembali, dia menjangkakan dapat melakukannya tidak lama lagi, namun untuk latihan kolektif beliau menjelaskan: “Tidak ada yang tahu sekarang. Kami masih menunggu “.

Laporan Le Parisien semalam (31 Mac 2020).

Pesanan MyGooners – diharapkan kita semua mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan duduklah dirumah.

Sama-sama kita memerangi Covid-19.

About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment