Sébastien Frey akhirnya buka mulut mengenai kisah perpindahan beliau.

Penjaga gol Perancis ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal

Bagi anda yang mempunyai kenangan dan ingatan kuat, kisah Sébastien Frey ke Arsenal adalah khabar angin yang akan membuat anda tertawa sambil menggelengkan kepala.

Mana tidaknya, ‘percintaan’ Arsenal dan Sébastien Frey begitu lama ‘terjalin’ dengan khabar angin mengenai perpindahan ke Emirates boleh dikatakan hampir setiap tahun dilaporkan.

Dan kisah tersebut dirasakan seperti 15 tahun, menjadi saga yang tidak akan berhenti.

Khabar angin Frey menyertai The Gunners bermula sepanjang tahun 1997 ketika dia baru berumur 17 tahun dan semenjak itu, beliau terus dikaitkan untuk setiap tahun dengan Arsenal, termasuklah Chelsea.

Pada tahun 2003, ia kelihatan seperti Frey akhirnya akan menjadi seorang pemain Arsenal, dengan The Gunners memburu pengganti David Seaman.

Laporan Telegraph Disember 2003

Pun begitu, ia tidak pernah berlaku dengan khabar angin berterusan sehingga tahun 2013 dan seterusnya.

Sama ada dia sebenarnya begitu hampir untuk menandatangani ataupun hampir menyertai kelab, itu tetap menjadi satu misteri.

Yang pasti ia adalah satu khabar angin terhebat yang pernah dikaitkan dengan Arsenal, mengira tempoh yang dilaporkan (begitu lama dikaitkan).

Walau bagaimanapun, Frey telah mengesahkan dimana ada satu tawaran, yang kemudiannya ditolak demi cintanya untuk kekal di Parma.

“Apabila saya berada di Parma, saya menolak tawaran Bayern Munich, Arsenal dan Chelsea,” katanya kepada Calciomercato.

“Di Fiorentina, saya berkata tidak – ‘no’ kepada Milan dan Bayern Munich, tetapi saya membuat keputusan menggunakan hati.

“Kami berada di Liga Juara-Juara, kami membawa cadangan kepada Fiorentina, dan mereka begitu baik.

“Mereka memberitahu saya: ‘Kami faham bahawa anda adalah seorang pemain yang hebat, kami menawarkan kontrak sebagai pemain yang hebat.’ Dan sejak kita sama-sama berusaha, saya berbangga dengannya. ”

Frey akhirnya berpindah secara tetap ke Fiorentina selepas setahun bersama mereka secara pinjaman dari Parma.

Beliau menamatkan kariernya selaku pemain pada Julai 2015 dengan kelab Turki, Bursaspor menjadi kelab terakhir yang diwakilinya.

Frey menyertai Bursaspor dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan pada 15 Julai 2013.

Selepas dia gagal membuat penampilan pada musim 2014-15, kontraknya ditamatkan secara persetujuan bersama pada 9 Julai 2015, dan Frey kemudiannya bersara dari bolasepak profesional.

Beliau mengesahkan perpisahannya dari kelab itu dengan menghantar mesej di laman Instagram pada 15 Julai 2015, menyatakan kesyukurannya untuk tempoh di kelab tersebut.

Sejarah mewakili kelab:

Tahun/Musim Pasukan/Kelab
Penampilan
1997–1998 Cannes 24
1998–2001 Internazionale 35
1999–2000 → Verona (loan) 30
2001–2006 Parma 132
2005–2006 → Fiorentina (loan) 18
2006–2011 Fiorentina 157
2011–2013 Genoa 74
2013–2015 Bursaspor 27
JUMLAH
497
Frey ketika mewakili Inter Milan pada 1998–2001
Frey ketika mewakili Fiorentina pada 2005–2011
Frey ketika mewakili Parma pada 2001–2006

Penulis juga teruja dengan kisah ‘percintaan’ Frey dengan Arsenal dan beliau adalah salah seorang pemain (penjaga gol) yang diminati penulis.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment