Serge Aurier dan Moussa Sissoko ingkar arahan kerajaan dengan menjalani sesi latihan bersama

Tottenham Hotspur
Serge Aurier dan Moussa Sissoko

Dua pemain Tottenham Hotspur Serge Aurier dan Moussa Sissoko telah memohon maaf selepas memuat naik video mereka berlatih bersama di Instagram, yang ternyata melanggar panduan kesihatan kerajaan.

Video tersebut telah pun dipadamkan dari Instagram story Aurier, yang menunjukkan dia berlari dan duduk bersebelahan Sissoko, mengabaikan penjarakkan sosial.

Kedua-dua pemain ini telah memohon maaf kerana ‘tidak menunjukkan contoh yang baik’ dengan mengabaikan nasihat kerajaan dan akan membuat sumbangan ke National Health Services (NHS).

“Kami mengakui sebagai pemain bolasepak profesional, kami mempunyai tanggungjawab untuk menjadi model contoh, terutama ketika tempoh yang tidak menentu yang menimpa semua orang di dunia ini.

“Kami memohon maaf tidak menunjukkan teladan yang baik di sini,” kata kedua-dua pemain ini dalam satu kenyataan bersama.

“Kita semua mesti menghormati nasihat kerajaan untuk meminimakan angka korban dalam tempoh pandemik ini.

“Tidak terungkap ucapan terima kasih kepada kakitangan-kakitangan NHS atas usaha tanpa lelah mereka pada waktu ini dan kami akan membuat sumbangan kewangan untuk menunjukkan sokongan kami terhadap usaha-usaha mereka.”

Berita ini hadir selepas dua minggu Spurs membuat berita sensasi selepas gambar Jose Mourinho mengadakan sesi latihan satu-lawan-satu dengan pemain tengah Tanguy Ndombele di utara London.

Mourinho terpaksa mengakui kesilapannya itu, mengatakan tindakannya itu tidak selari dengan protokol kerajaan.”

Pada hari yang sama, Ryan Sessegnon dan Davinson Sanchez telah dirakam berlari sebelah-menyebelah, sementara Aurier juga memuat naik video dirinya berlari dengan seorang rakan.

Rakaman video tersebut menunjukkan satu lagi pencabulan jelas ke atas panduan kerajaan, di mana anda hanya boleh melakukan senaman di kawasan kediaman anda sahaja, atau dengan rakan-rakan yang tinggal bersama.

Jurucakap kelab berkata: “Kami akan bercakap dengan kedua-dua pemain yang terlibat.”

Be the first to comment