
Arsenal ‘menunggu’ pemain tengah Ghana itu pada jendela perpindahan.
The Gunners dikatakan ‘menyukai’ pemain tengah Atletico Madrid, Thomas Partey dan mungkin berpeluang untuk menandatanganinya pada jendela musim panas ini ekoran penularan wabak Coronavirus.
Pihak Arteta telah banyak dikaitkan dengan pemain tengah Ghana selama beberapa minggu, dengan ayahnya turut mendakwa mereka sedang dalam perbincangan dan dapat mengaktifkan klausa pelepasan € 50 juta.
Ejennya dengan pantas menafikannya tetapi telah jelas bahawa Partey menjadi salah seorang pemain yang diminati Arsenal pada musim panas ini.
Atletico secara aktif berusaha untuk membuatkan pemain tengah itu menandatangani perjanjian baharu dengan klausa pelepasan yang lebih tinggi.
Tetapi, AS mendakwa mereka mungkin terpaksa menjual Partey sekiranya mereka kehilangan tempat untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.
Akhbar tersebut menyatakan bahawa kelab itu perlu memenuhi syarat untuk pertandingan ini sekiranya mereka mahu ‘mengelakkan diri daripada melalui situasi ekonomi yang rumit.’
Ini dijelaskan bahawa kewangan kelab bergantung pada kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) setiap tahun dengan saingan Liga Europa hampir tidak memberi kesan dari segi pendapatan.
Sekiranya liga musim ini dibatalkan dan kedudukan semasa diambil kira, maka Atletico akan tersingkir dari UCL dan itu akan menjadi ‘masalah besar’ kepada mereka.

Situasi tersebut mungkin memaksa kelab itu menjual salah seorang bintang utama mereka dengan Partey merupakan salah seorang yang berada dalam senarai itu.
Klausa pelepasannya sebanyak € 50 juta akan ‘menutup jurang ekonomi’ dan Arsenal jelas berminat untuk mendapatkan pemain tersebut pada musim panas ini.
Pun begitu, The Gunners bukanlah satu-satunya yang berminat, dengan PSG juga turut disebut-sebut sabagai pasukan berpotensi menandatangani pemain itu.
AS say '#Arsenal love Thomas Partey'. Atlético are actively trying to get him to sign a new deal with an improved release clause but, AS claim they may be forced to sell anyway if they end up missing out on the Champions League. pic.twitter.com/SKtv6e3qMf
— Gurjit (@GurjitAFC) April 29, 2020